Keceriaan Bersama Lancôme Sepanjang Raya
Serlahkan kecantikan berganda bersama pilihan istimewa Lancôme daripada barisan produk penjagaan kulit wajah dan wangian ikonik. Barulah wajah berseri umpama bulan purnama.
Ingin kelihatan cantik, menawan sepanjang perayaan merupakan idaman setiap wanita. Terutama di pagi Raya, ada sahaja rutin kecantikan terlaksana dan memilih wangian terbaik yang kekal aromanya sepanjang hari. Tahun ini, jenama kecantikan terkenal Lancôme tampil dengan seleksi istimewa dalam melengkapi ritual cantik anda. Antara barisan produk yang bakal menyinari hari anda adalah seperti Clarifique Dual Essence, Advanced Génifique Serum dan wangian La Vie Est Belle.
Revolusi Lancôme Kembalikan Kejernihan Kulit
Lancôme memperkenalkan Clarifique Dual Essence yang hadir dengan legasi dalam memperhalusi kulit wajah menggunakan kuasa sains enzim. Dengan hasil kajian 30 tahun Lancôme akhirnya berjaya menghasilkan sebuah produk yang tertumpu kepada kejernihan kulit. Dengan wujudnya revolusi ini, Clarifique Dual Essence ini mempunyai kebolehan multidimensi yang akan membuatkan kulit wajah lebih cerah, halus, terhidrasi dan sempurna dalam masa 4 minggu sahaja.
Kisah hadirnya enzim ini bermula sejak 4.1 billion tahun yang lalu saat mula kehidupan wujud di muka bumi. Enzim adalah nadi kepada biologi, yang boleh mempercepatkan tindak balas biokimia dengan menyediakan cara alternatif tanpa mengeluarkan tenaga. Enzim bergantung kepada beberapa faktor seperti suhu, tahap penghidratan, paras pH dan konsentrasi enzim. Kegunaan enzim untuk lapisan kulit epidermal terbahagi kepada 4 fungsi biologikal termasuklah membantu regenerasi kembali lapisan bawah kulit epidermis dengan lebih kuat dan punya daya ketahanan yang kuat. Malah, enzim juga mengembalikan kelembapan kulit wajah agar tampak lebih anjal dan sihat, Enzim juga menyingkirkan sel mati atau corneocytes agar kulit lebih halus dan jernih. Terakhir, enzim memperbetulkan pigmentasi kulit dan sekata ton kulit wajah.
Clarifique Dual Essence mengandungi Organic French Beech Buds yang ditransformasi oleh Green Science demi mencipta hasil kulit jernih dan sempurna. Lancôme memilih mutiara tumbuh-tumbuhan (vegetal pearl) yang jarang ditemui sebagai manfaat utama. Organic French Beech Buds ini hanya akan mencapai kematangan pada usia sekitar 60 tahun, pokok beech (Fagus Sylvatica) hanya didapati di hutan simpan Perancis dan dikenali sebagai ‘forever young tree’.
Cara pengunaan Clarifique Dual Essence sangat mudah dan sesuai digandakan untuk rutin kecantikan anda di pagi Raya. Hanya goncangkan botol sehingga tekstur air bergabung dengan sempurna, lalu titiskan esen ini pada tapak tangan atau boleh juga guna pad kapas sapu rata pada pipi, dahi dan leher.
Memperkasakan Microbiome Kulit Wajah Bersama Advanced Génifique
Sejak dilancarkan pada 2009, Lancôme Advanced Génifique menjadi fenomena! Hampir 35 juta botol terjual seluruh dunia, sebanyak 170 anugerah dan 10,000 reviu oleh pengkritik dengan 5 bintang. Serum pilihan dunia ini kembali dengan formula yang diperbaharui, pada 2019, terlahirlah Advanced Génifique yang hadir dengan formula dikemaskini dan diperkasakan dengan sains microbiome. Bertujuan untuk kembali memahami tentang kulit wajah dengan membuka satu era baharu dalam menjaga kulit dengan berkesan. Serum ini dibaikpulih bersama kompleks unik dengan pecahan 7 pra & probiotik untuk memperkasakan microbiome terutama pada lapisan pertahanan kulit.
Setiap titisan Advanced Génifique terdapat sebanyak 30 juta pecahan pra & probiotik menyerap ke dalam kulit wajah, dianggap sebagai dos nutrien paling tepat yang diperlukan kerana mudah untuk memupuk pertumbuhan bakteria baik untuk kulit microbiome. Percayalah setiap penggunaannya lapisan kulit wajah akan cepat sembuh, sihat, bersinar dan kulit lebih muda. Skin Microbiome adalah kehidupan mikroorganisma yang berada dalam dasar wajah anda, yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Setiap jenis kulit punya microbiome tersendiri. Hampir bertahun, kita tersalah anggap mengenai kehadiran microorganisma, tahukah anda ia merupakan asas kepada kesihatan kulit wajah, malah kita terdiri daripada 50% sel manusia dan 50 % sel bakteria. Apabila semakin meningkat umur, spesis bakteria mula membiak kepada 1000 jenis dan sebanyak 2 juta bakteria telahpun wujud dan berada di lapisan kulit setiap 2cm.
Artikel berkaitan Pelancaran La Nuit Tresor Lancome Bersama Neelofa
Kunci utama dalam mempertahankan kulit agar tampak lebih sihat, kuat dan bersinar adalah terletak pada microbiome. Gaya hidup yang sibuk, usia semakin meningkat, kulit terdedah dengan pencemaran dan sinar UV serta pengambilan diet tidak seimbang pemyumbang besar kenapa lapisan ini semakin goyah dan tidak seimbang. Jika microbiome anda tidak sekata luaran dan dalaman akan membuatkan kulit wajah lebih lemah. Setelah kajian dibuat selama 15 tahun, Lancôme percaya bahawa sains microbiome sebagai pelindung utama dalam dunia penjagaan kulit wajah paling mujarab. Dengan hanya 7 hari, anda akan melihat kulit wajah semakin remaja dan anjal.
Ceria Di Pagi Raya Dengan Aroma La Vie Est Belle
Memilih aroma yang tepat di pagi Raya adalah momen paling istimewa. Untuk meraikan hari penuh bermakna, Lancôme memilih La Vie Est Belle. Wangian ini mula diperkenalkan pada 2012 bersama wajah kempen Julia Roberts. Setiap peralihan tahun, Julia hadir dengan penuh bersemangat dalam menuju kebahagian yang dianggap bebas. Rekaan botol La Vie Est Belle ini ibarat senyuman kristal yang direka berdasarkan ilham lama dalam arkib Lancôme. Sentuhan lebih feminin bersama ikatan halus riben dianggap sebagai wings of freedom. Wangian ini diangkat sebagai ikonik kerana aroma tidak dijangka dari pati bunga putih, serta sedikit gabungan aroma mewah 80-an dan 90-an. Aroma bunga putih ini membawa kepada dimensi berbeza. Selain itu, ia punya kandungan Vethol, rahsia kandungan ini dicipta pada 1969 dan lebih kuat berbanding maltol. Vethol ini sering digunakan untuk industi makanan tetapi jika untuk wangian, aromanya boleh buat ketagihan.
La Vie Est Belle lambang wangian mewah yang punya pati ramuan asli kerana hampir 50% adalah berasaskan semula jadi seperti Iris Pallida, Jasmin Sambac Absolute, Orange Blossom Absolut, Patchouli Essence serta gabungan konsentrasi Coumarine, Vethol dan Ethylvanillin. Tidak hairanlah wangian ini masih memegang rekod wangian paling lama bertahan di dunia.
Syawal tidak lengkap tanpa set produk eksklusif lagi ikonik daripada Lancôme . Sempena kempen Keceriaan Bersama Lancôme, sila kunjungi ke laman rasmi Lancome.com.my untuk tawaran istimewa set Raya sehingga penjimatan sehingga 50%, penghantaran percuma dan miliki sampel dengan sebarang pembelian.