Budaya Pembedahan Plastik Di Korea - Glam Malaysia

Budaya Pembedahan Plastik Di Korea

Oleh: Amira Azman
 

shutterstock_85307386

Gambar: Arkib GLAM


 
Ia bagaikan perkara biasa di negara ini. Hampir semua golongan umur pastinya telah menjalani sekurang-kurangnya satu jenis prosedur pembedahan plastik. Hal ini berlaku kerana baik wanita mahupun lelaki di negara ini begitu cintakan kecantikan dan mementingkan kulit wajah yang flawless serta sihat sempurna. Pada mereka, wajah yang kecil, dagu yang runcing, hidung mancung, dahi pendek serta mata yang besar adalah definisi wajah cantik sempurna. Tidak hairan jika terlihat kelibat wanita serta lelaki di jalanan yang memakai topeng muka untuk melindung wajah yang masih berjahit kerana baru selesai menjalani prosedur pembedahan.
 
Bagi mereka, memiliki wajah yang cantik, peluang pekerjaan menjadi lebih tinggi, begitu juga dalam mencari pasangan hidup. Ada yang menganggap pendidikan tidaklah begitu penting berbanding kecantikan diri. Bagi mereka, kecantikan adalah jaminan hidup bahagia di Korea.
 
Faktor dunia hiburan juga menjadi antara sebab mengapa anak-anak muda mahu tampil cantik. Ada yang membawa gambar-gambar selebriti pujaan sebagai rujukan wajah yang diingini. Bagi yang belum tahu, selebriti di negara ini juga haruslah melalui proses grooming yang ekstrem sebelum bergelar artis. Wajah dan bentuk badan haruslah berada di tahap paling sempurna dan syarikat agensi akan mengubah setiap bahagian yang didapati tidak menarik.
 
Pernahkah anda dengar tentang ibu bapa yang menghadiahkan anak mereka pembedahan plastik yang pertama sebagai hadiah graduasi? Ya, ianya amat mengejutkan namun itulah realiti di sana. Masyarakat Korea yang rata-ratanya lahir dengan bentuk mata yang sepet tanpa kelopak menyebabkan prosedur eyelid surgery ini antara rawatan mereka yang pertama. Ibu bapa menganggap ini adalah cara untuk meningkatkan keyakinan diri dalam diri anak-anak terutama apabila ingin keluar mencari kerja.
 
cho-kyuhyun

Super Junior Cho Kyuhyun


 
jessica-jung-2

Jessica Jung


 
jun-ji-hyun

Pelakon Korea, Jun Ji Hyun

 

See also
6 Tips Untuk Memastikan Rambut Pendek Anda On Point