Nah, tukar gaya rambut sleek nipis kepada sentuhan yang lebih glamor! Blowout Bombshell pilihan GLAM!
Sudah berdekad lamanya, rambut berombak atau beralun menjadi kegemaran wanita. Tahun ini, ia benar-benar menjadi trend utama di pentas peragaan fesyen 2025. Semakin besar volume, semakin menyerlahkan penampilan wanita moden.
Menurut penata rambut legenda, Sam McKnight, “Gaya dandanan Blowout Bombshell ini memberikan efek glamor dalam kehidupan harian tanpa perlu usaha ekstra.”
Di belakang pentas Christian Cowan, gaya dandanan rambut Volume Blowout
Ilham ini dicetus dan terlihat di pentas fesyen 16 Arlington untuk musim panas 2025 atau terlihat di Christian Cowan, di mana dia mencipta rambut ala retro dengan menggunakan senjata rahsia iaitu Roller Velcro. Alatan ini sangat membantu untuk mencipta rambut volume dan tahan lama. Era 80-an bersama Cindy Crawford, telahpun menggunakan Roller Velcro hingga kini alatan ini sentiasa digunakan oleh Sam. Di era 80-an untuk mengunci rambut Volume besar, hanya memerlukan hot rollers dan Roller Velcro. Zaman sekarang sudah moden, alatan pengulung rambut seperti Dyson sudah cukup menjimatkan masa dan hanya tambah dengan Roller Velcro.
Semakin besar volume, semakin menyerlahkan penampilan wanita moden
Atau teknik yang lain adalah secara blow dry menggunakan alat pengering rambut. Trend ini juga digemari oleh penyanyi popular, Sabrina Carpenter yang sering hadir dengan ilham dandanan glamor kala dia berada di pentas. Namun, jika anda mempunyai tekstur rambut yang halus dan nipis untuk menghasilkan dandanan ini agak sukar jika sekadar menggulung. Saranan GLAM anda boleh tambahkan Volumising Mousse dan sembur sedikit dengan hair spray untuk hasil tahan lama.