Model Berkulit Gelap Memecahkan Standard Kecantikan Industri

Black Model Membuktikan Kecantikan Orang Berkulit Gelap

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

8_deddeh_howard_raffael_dickreuter_david_yurman_kate_moss_campaign_secretofdd

 

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita melihat kempen-kempen fesyen yang popular menampilkan model-model berkulit putih dengan ciri-ciri kecantikan Eropah yang didambakan oleh gadis-gadis yang kurang kepercayaan dan keyakinan dengan kecantikan mereka sendiri.

 

Persoalannya di sini adalah kenapa mereka sahaja? Wanita berkulit gelap yang bercirikan Afrika, Asia, Hispanic dan lain-lain lagi, adakah mereka tidak cukup cantik untuk dipamerkan secara global dalam kempen-kempen fesyen ini?

 

The Fashion Spot melaporkan bahawa hanya 25% model berwarna (model of colour) yang dipilih untuk pentas peragaan Musim Luruh 2016. Walaupun ini menunjukkan kenaikkan dibandingkan dengan tahun lepas, ianya masih sedikit.