Bingkisan Cantik Jurlique Untuk Musim Festival
Produk ikonik Jurlique yang diterbangkan khas dari Australia kini disatukan menjadi sebuah hadiah istimewa khas untuk sambutan musim festival.
Musim percutian hujung tahun ini, Jurlique tidak terlepas dalam membariskan produk botanikal terbaik sesuai untuk anda yang ingin membelai kulit wajah dan badan bersama bahan semula jadi serba mewah dan eksklusif.
Antara set hadiah Jurlique istimewa khas pilihan GLAM ;
Set Rose Essentials (RM350)
Di Jurlique, Rose Water Balancing Mist adalah produk paling digemari. Kaya dengan pati bunga ros dari ladang segar Jurlique ini membantu kulit lebih lembap dan menyegarkan. Malah, membuatkan kulit lebih bersinar, sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Set hadiah merangkumi Rose Water Balancing Mist 100mL dan Moisture Plus Rare Rose Lotion 50mL.
Set Hydrating Rose Duo (RM240)
Losyen tangan mewah beraroma bunga ros digabungkan bersama multifungsi pelembap bibir dan kuku membawa kepada pengalaman berbeza. Losyen tangan mewah dengan ekstrak Rosa Gallica Flower, minyak Macadamia dan minyak Safflower mengekalkan kelembapan tangan. Set hadiah merangkumi Rose Hand Cream 125mL dan Rose Love Balm 15mL.
Set Rose Body Care (Rm290)
Set Mandian Jurlique ini kaya dengan aroma bunga ros yang memberi kepuasan maksima di camping menyegarkan kulit dan melembutkan. Manakala losyen badan pula mewah dengan bahan biji Macadamia dan minyak Avokado meninggalkan kesan radiant. Set hadiah merangkumi Softening Shower Gel Rose 300ml dan Softening Body Lotion 300ml.
Set Blackberry dan Lemon Zest Hydrating Mist Exclusive Edition (RM192)
Raikan musim festival dengan set hadiah unik bersama bahan eksklusif seperti Blackberry dan Lemon Zest. Kulit akan lebih lembap, segar dan imbang.
Set Herbal Recovery (RM690)
Kulit kembali segar dan bertenaga dengan sekelip mata bersama esensi trio kaya dengan aroma ekstrak Rose Gallica, Lavender dan Citrus Unshiu Peel. Krim pelembap pula ada bahan semula jadi antioxidan untuk semua jenis kulit. Penyerapan cepat pada kulit tanpa meninggalkan kesan lekit. Krim mata bertindak mengurangkan kedutan bawah mata dan lebih anjal. Set hadiah ini merangkumi Herbal Recovery Signature Mist 100mL, Herbal Recovery Signature Moisturizing Cream, 50mL dan Herbal Recovery Signature Eye Cream 15mL.
Kunjungi ke butik kecantikan Jurlique yang terletak di pusat beli-belah IPC, Ikano yang kini dibuka untuk anda yang ingin merasai pengalaman persis bereda di ladang botanikal Jurlique. Apa yang menarik di sini, turut mempunyai ruang spa kecantikan bagi yang ingin memanjakan diri dan melalui rawatan wajah intensif.
Artikerl berkaitan Hidrasi Kulit Matang