Bermadu Kasih Bersama Jo Malone London - Glam Malaysia

Bermadu Kasih Bersama Jo Malone London

Mawar simbolik cinta! Jo Malone London memperkenalkan wangian istimewa berasaskan bunga ros sebagai pengganti pilihan klasik di Hari Kekasih. Jo Malone London

Bunga mawar merupakan pilihan klasik terutamanya kala Valentine Day! Ianya punya aura cinta, kasih dan sayang. Tahun ini demi meraikan hari kekasih ini Jo Malone London ingin membuat kelainan terhadap tradisi lama ini dengan menampilkan sejambak aroma mawar kekal baunya sepanjang hari di dalam botol istimewa.

Jo Malone London

Berbanding bunga, wangian lebih bertahan lama dan biarkan pasangan anda menikmati aroma bunga penuh indah ini. Kologne khas ini kelihatan menawan dalam botol edisi terhad. Turut berinspirasikan kenangan manis dua individu atau menjadi kegemaran baharu. Bukan cologne sahaja yang anda boleh hadiahkan, Jo Malone London turut memperkenalkan Rose Blush Home Candle aromanya lebih mempesonakan dan semerbak bau segar kelopak mawar.

Artikel berkaitan Olfaktori Musim Bunga Jo Malone

Apa yang menarik mengenai koleksi ros ini seperti Red Roses. Aromanya merupakan esen kepada percintaan moden. Campuran daun ungu dan lemon melengkapi aromanya.  Rose Blush pula kelopak bunga ros halus tergantung indah bersama aroma jeli yang lazat. Pesona kelopak merah jambu ini memberi inspirasi musim panas di British. Gabungan lebih moden bersama pati basil dan nota laici serta white musk. Rose Water & Vanilla seperti hidangan sejambak bunga ros yang dinikmati bersama. Rose Water & Vanilla yang menenangkan diperkaya dengan sajian Turkish Delight yang enak.

TIP MEMAKAI KOLOGNE AGAR WANGIANNYA TAHAN LAMA

PILIH KOLOGNE BERSESUAIAN DENGAN ACARA

Jika anda sekadar ingin ke pejabat atau berjalan-jalan di pusat beli-belah, pilihlah aroam yang ringan dan segar seperti citrus atau lily. Manakala acara lebih formal, seeloknya wangian lebih kuat seperti woody atau musk.

SAPU KRIM BADAN ATAU TANGAN

Untuk memastikan aroma tahan lama sepanjang hari, selepas selesai mandi sapukan losyen badan atau tangan.

SEMBURKAN KOLOGNE PADA KULIT BADAN

Ada pelbagai cara pemakaiannya. Tetapi menurut pakai wangian, seeloknya disemburkan pada kulit badan bukan di atas permukaan pakaian. Harumannya akan bertahan lebih lama.