Belajar Dengan Pakar, Jangan Tiru Solekan Di TikTok! - Glam Malaysia
Ini Kenapa Belajar Solekan Bersama Pakar Itu Bagus Berbanding Hanya Tiru Di Tiktok!

Belajar Dengan Pakar, Jangan Tiru Solekan Di TikTok!

Tiru solekan di media sosial atau hadirkan diri ke bengkel kecantikan yang dikendalikan oleh jurusolek profesional? Yang mana satu bergelar autentik?

Kenapa dulu aktifnya bengkel kecantikan yang dikendalikan oleh jurusolek profesional namun kini dunia semakin malas untuk hadirkan diri dan belajar, hanya sekadar melihat di media sosial untuk mencari inspirasi. Zaman berubah? Iya, namun adakah anda benar-benar terinspirasi atau sekadar mengikuti trend semasa.

Jurusolek Ahma Dani Di Armani Beauty

Ternyata meniru gaya solekan di media sosial ini boleh menginspirasikan atau menghalang kreativiti individu untuk berdikari mencari ilmu. Jika dulu anda hadir ke bengkel kecantikan oleh jurusolek professional pilihan, pasti membuak satu perasaan teruja untuk mengikuti kelas solekan. Ia lebih personal kerana anda lebih kepada pembelajaran, mengenali setiap alatan itu lebih dekat. Berbanding hanya sekadar belajar menerusi laman media sosial dan melihat influecer kecantikan terbabit melakukan demo solekan.

Walaupun platform media sosial seperti TikTok dan Instagram membanjiri pengguna dengan tutorial solekan yang tidak berkesudahan dari teknik trending, aliran kandungan yang berterusan ini secara paradoksnya boleh mengehadkan kreativiti peribadi dengan mewujudkan tekanan untuk meniru bukannya berinovasi.

See also
Oscar de la Renta Meninggal Dunia

GLAM berpendapat jika anda belajar melalui jurusolek profesional ini mereka lebih menekankan bahawa seni sebenar datang dari memahami ciri-ciri unik, bereksperimen dengan teknik yang sesuai untuk gaya hidup dan membangunkan estetik peribadi yang mencerminkan individualiti  berbanding hanya meniru penampilan viral yang direka untuk engagement maksimum. Landskap kecantikan yang didorong influencer kecantikan ini sering mempromosikan pendekatan iaitu “one-size-fits-all” dalam aplikasi teknik solekan, termasuk kontur wajah dengan solekan tebal dan teknik dramatik yang mungkin tidak sesuai untuk setiap bentuk muka.

Tiru solekan TikTok

Saranan GLAM, jika anda ingin mengekalkan autentik satu ilham solekan itu terletak pada menganggap inspirasi media sosial sebagai asas bukannya buku peraturan dan menggunakan prinsip ilham solekan dari jurusolekprofesional untuk membimbing sambil bereksperimentasi gaya solekan  dan mempercayai naluri anda tentang apa yang terasa autentik terhadap diri sendiri. Pendekatan ini bukan sahaja membawa kepada pengalaman solekan yang lebih memuaskan tetapi juga membantu anda mengasahkan lagi bakat anda untuk menyolek berbanding mengejar trend sementara yang mungkin tidak sejajar dengan ekspresi diri autentik anda.

See also
Victoria Beckham Dianugerahkan OBE Untuk Khidmatnya Dalam Dunia Fesyen Di Istana Buckingham

 

Artikel berkaitan Buang Bulu Wajah Demi Solekan Lebih Sempurna?

 

 

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan