Beauty Muses Sekarang - Glam Malaysia

Beauty Muses Sekarang

Oleh: Amira Azman
 

Chanel_ParisRome_AdCamp_DP.indd

Kristen Stewart


 
Perasan atau tidak, beberapa jenama terkenal sudah mula mengambil wajah-wajah baru sebagai muka komersial buat jenama kosmetik mereka. Ambil contoh seperti Bella Hadid sebagai wajah baru Dior, Ruby Rose untuk Urban Decay Cosmetics manakala Kristen Stewart pula sebagai wajah Chanel.
 
Mengapa memilih wajah expressionless sebagai wajah produk kecantikan mereka? Adakah ini dianggap sebagai satu trend sekarang? Manakala di Malaysia atau jenama-jenama antarabangsa lain masih memilih wajah ‘pose cantik’ sebagai duta mereka dan mempercayai wajah-wajah sebegini mampu melariskan produk mereka, namun jenama-jenama besar sudah mengambil risiko untuk membentang wajah seperti ini. Mungkin juga mereka ini sudah mula memilih untuk mengikut personaliti selebriti itu sebagai kriteria kepada pemilihan duta yang terbaik dan bukan lagi menghakimi menerusi wajahnya. Apa pendapat anda?
 
Well, jika jenama besar sudah memilih wajah-wajah seperti ini, mungkin akan datang, berpusu-pusu pula jenama lain yang akan mengikut jejak langkah mereka.
 
Pada saya, hal ini menarik kerana ini sesuatu yang baru dalam dunia kecantikan. Tentunya ada yang suka dengan pembaharuan ini dan ada yang tidak atau mungkin ada yang langsung tidak sedar akan trend ini. Namun, ketika saya berkesempatan untuk mengopi bersama beberapa teman beauty enthusiast, mereka rupanya sibuk mempertikaikan mengapa wanita yang dianggap tidak cukup cantik dijadikan wajah kempen jenama kecantikan.
 
Saya sama sekali tidak menafikan ada banyak wajah lain yang lebih ikonik untuk dijadikan bintang atau duta. Namun, why not? Sekarang makin ramai yang saya lihat setiap kali post gambar di Instagram mereka memilih untuk membuat muka vain atau dalam arti kata lain pose muka serius bagai tidak bernyawa. Dan gambar-gambar seperti inilah yang mendapat rating ‘likes’ tertinggi. Apa kata anda?
 
Bella Hadid

Bella Hadid sebagai wajah baru Dior


 
RubyRoseIsWearing_714

Ruby Rose untuk Urban Decay