Lupakan seketika solekan, beauty look yang diketengahkan Jacquemus pada pementasan musim luruh/sejuk 2015 di Minggu Fesyen Paris adalah face paint!
Mengambil inspirasi dari jurugambar Berlin, Sebastian Bieniek, sisi wajah peragawati dilukis untuk memberi ilusi wajah kedua. Peragawati turut dilihat memakai topeng muka kertas yang dilubangkan pada bahagian mata.