Tumpuan bukan hanya pada filem di Festival Filem Cannes malahan ia turut menjadi medan untuk selebriti mencipta momen magis bergaya dengan adi busana indah yang akan terus menjadi perbualan. Keseluruhan gaya yang dibawakan termasuklah solekan dan gaya rambut turut menjadi perhatian. GLAM himpunkan antara beauty look terbaik selebriti yang hadir di festival ini.