Aura Euphoria Untuk Palet Galaksi Norvina - Glam Malaysia

Aura Euphoria Untuk Palet Galaksi Norvina

Bring back the colors! Norvina Pro Pigment Vol.6 hadir dengan percikan rona terang khas untuk anda yang gemarkan kelainan!

Cipta dan cabar diri untuk anda dalam mewarna kelopak mata penuh kreativiti. Hadirnya palet terbaru Norvina Pro Pigment Palette Vol.6 berikan satu pengalaman menakjubkan. Inspirasi daripada ilham solekan kala menghadiri ke festival musim panas atau malam penuh adrenalin. Sebanyak 25 pilihan warna ultra-versatil bakal memenuhi ilham solekan penuh dimensi ciptaan anda. Anda bebas untuk mencipta apa saja yang diingini kerana ia berpigmentasi tinggi dengan bilangan warna penuh kilau dan bertekstur matte beri sentuhan dimensi luar biasa.

Jangan terkejut walaupun ia hadir dalam pigmen tinggi tetapi direka tanpa parabens, gluten, phthalates dan sulfat. Malah, ia juga dirumuskan secara vegan dan bebas kekejaman. Dari ilham solekan siang sehinggalah ke malam hari. Bukan sahaja mata, badan dan muka juga boleh diaplikasi dengan mudah kerana ia punya tekstur baldu licin. Menurut tip pakar jurusolek terkenal, setiap seleksi palet ini punya pilihan kepelbagaian yang dicipta untuk membentuk kreativiti bebas tanpa batasan. Go wild, put your creative minds to the challenge, bring your A-game on! Untuk hasil kilauan lebih terserlah, sembur berus mata dengan Dewy Set Setting Spray. Ada beberapa kod warna sebagai rahsia untuk miliki warna yang tepat seperti rona A5, B2, B3, C3, D1, D4, D5 dan E2 sebagai pemerah pipi, rona A2, A3, B1, C2, C4, D2 dan E1 sebagai highlighter manakala gunakan rona A4, A5, C5, E4 dan E4 untuk menambah kehangatan dan definisi bagi kontur. Koleksi boleh didapati pada 5 April 2022 di Sephora Malaysia dengan harga RM 325.

See also
Solekan Ketika Bersukan

Artikel berkaitan Solekan Dimensi Effortless Sun-Kissed