Antara Cinta dan Kebebasan - Glam Malaysia

Antara Cinta dan Kebebasan

13-reveal

Karakter serta minat yang kontras di dalam diri dua individu boleh menjadi suatu perkara yang mencabar terutama dalam percintaan. Itulah konsep disebalik wangian terbaru Zadig & Voltaire yang dicipta buat lelaki dan wanita yang menjalani gaya hidup serta memiliki keghairahan yang berbeza.
 
Inspirasi wangian ini terhasil daripada gabungan cinta antara muzik dan fesyen. Oleh itu, Thierry Gillier, pengasas jenama ini telah berkerjasama bersama The Avener, produser muzik elektro dan deep house untuk kempen minyak wangi terbaru Zadig & Voltaire. Bagi Gillier, fesyen adalah satu statement manakala seni adalah satu inspirasi.
 
THIS IS HER!
 
z-v-edp-her-50ml-face-coated-v2-300-s

Confident, unpredictable, irresistible. 
 
Wangian untuk wanita ini dicipta berasaskan bunga jasmin, vanila, gaharu dan lada hitam meberi sentuhan manis kepada kecantikan asli dan jiwa feminin seorang wanita.
 
THIS IS HIM!

z-v-edt-him-50ml-dos-coated-v2-300-s

Unfettered, the modern hero, resolutely masculine.
 
Wangian untuk jejaka ini dihasilkan khusus buat mereka berjiwa rocker dan urban. Antara ramuan dalam wangian ini adalah limau gedang, lada hitam, campuran vanila dan kemenyan serta gaharu.
 
THIS IS HER! dan THIS IS HIM! boleh didapati di semua cawangan Sephora seluruh Malaysia dengan harga bermula RM196.
 
Oleh: Lylatul Qadrina

See also
New Age Debutante: Marisa Soraya