A post shared by Kylie Cosmetics (@kyliecosmetics) on
Seperti produk-produk keluaran Kylie Cosmetics yang lain, palet eyeshadow terbaru mereka juga mendapat sambutan yang mengghairahkan ikutan pelancarannya.
Tetapi mereka yang membeli produk tersebut mula membuat aduan kepada Kylie Cosmetics mengenai bau yang datang daripada palet eyeshadow itu.
Pelanggan-pelanggan yang telah membeli produk ini mula membuat aduan kepada Better Business Bureau apabila bau kuat yang datang daripada Royal Peach Palette tidak hilang selepas beberapa hari dan bau itu turut membuatkan mereka menghadapai sakit kepala.
Walaupun belum mengetengahkan isu ini secara umum, pihak Kylie menerangkan kepada Better Business Bureau bahawa bau itu adalah kesan daripada pelekat yang digunakan untuk produk tersebut dan Royal Peach Palette itu sendiri selamat untuk digunakan.