NYFW: Model Marc Jacobs Tanpa Secalit Solekan - Glam Malaysia

NYFW: Model Marc Jacobs Tanpa Secalit Solekan

Marc Jacobs, Spring 2015, New York Fashion Week, September 2014Gambar: TPGVIP

 
Kebiasannya model di pentas peragaan dihias cantik dengan solekan yang penuh inspirasi menjadi penanda arus tatarias. Tetapi tidak bagi Marc Jacobs di Minggu Fesyen New York baru-baru ini. Pereka fesyen itu membuat kejutan dengan menghantar barisan peragawatinya ke pentas peragaan tanpa secalit solekan!
 
Bekerjasama dengan kosmetik Nars, pengasas kepada jenama itu iaitu Francois Nars berkata kepada media bahawa beauty look yang ingin diketengahkan mereka pada pentas peragaan Marc Jacobs kali ini adalah ‘penjagaan kulit’.” Dia turut menambah, “Ianya mungkin satu-satunya pentas peragaan di New York yang tidak menggunakan sebarang produk solek. Tiada langsung secalit makeup yang dioles kecuali losen pelembab.” Ketika ditanya tentang penutupan lingkaran hitam di bawah mata, dia menjawab, “Tidak, kami suka akannya!”. Walaupun begitu, dia menyatakan bahawa mereka menyamarkan sedikit noda jerawat yang ada tetapi turut menegaskan bahawa model tersebut memiliki kulit yang cantik.
 
Nars menjelaskan bahawa ianya merupakan idea Marc untuk tidak mengenakan sebarang solekan. Mereka ingin menggambarkan kehidupan sebenar seorang wanita yang tidak selalunya sempurna.
 
 

See also
Kecapi 7 Keajaiban Kulit Dengan THE FACE SHOP The Therapy First Serum