7 Beauty Inspo Ke KLFW 2025
Dapat jemputan ke KLFW 2025 tetapi rungsing hendak tiru gaya cantik yang manakah paling hype! GLAM saran 7 ilham untuk anda tiru dan sebagai inspirasi!
KLFW 2025 melabuh tirainya semalam di perkarangan Suria KLCC. Masih belum terlambat untuk anda cari inspirasi trend cantik yang boleh digayakan kala melangkah ke acara fesyen gemilang Kuala Lumpur ini. Semak 7 Trend ini sebagai rujukan anda untuk hari-hari yang seterusnya.

Gambar Getty Images
1. Level UP Ponytail

Gambar oleh KaryaStreetStyle
Ikatan rambut paling mudah dan cepat! Ilham lebih romantis jika diserikan bersama reben besar dan tambah gelombang rambut beralun menggunakan flat iron atau penggulung rambut. Atau sematkan aksesori rambut berona gangsa atau emas sebagai pengikat gaya ponytail anda dan ikat secara bubble menggunakan getah rambut halus.

Gambar Getty Images
2. Kuku Merah Pusam
Ilham kuku merah pusam atau Vampy adalah pilihan paling tepat jika melangkah ke minggu fesyen KLFW 2025. Bukan sahaja menampakkan tangan runcing dan cerah malah melengkapkan gaya fesyen anda.

3. Kuku Press-On
Trend kuku 2025 salah satunya adalah kuku press on. Mudah, cepat dan senang tanggal. Alang memilih kuku jenis ini, beranikan diri untuk tampil dengan kuku jenis panjang dan tajam. Sekali-sekala tampil drama, kenapa tidak!

Gambar Getty Images
4. Ballerina Buns

Gambar Getty Images
Sesuai dengan cuaca kita yang panas! Rambut bun sleek serlahkan gaya effortless cool lagi menarik jika dandanan ini ditambahkan dengan elemen spiky sebagai gaya aksesori tambahan.
Artikel berkaitan 5 Highlight Terbaik Sepanjang KLFW 2024

Gambar LaunchMetrics
5. Wajib Cat-Eye
Lentikkan mata cat-eye untuk solekan mata sering menjadi pilihan utama walaupun sekadar gaya harian!. Solekan mata ini sesuai dengan mekap minimal dan lebih menampakkan gaya anda chic.

6. Mikro Bangs
Beranikan diri, untuk tampil bersama potongan fringe rambut seperti anak patung segaris. Ilham Mikro Bangs ini juga pilihan aktres cantik Scha Al-Yahya.

Gambar Getty Images
7. Segalanya Tentang Burgundy!
GLAM lihat trend rona Burgundy semakin meraih tempat di persada seni lokal! Dari persalinan, rona rambut, kuku hinggalah mekap semuanya dalam tona yang sama. Rona Cherry seakan Burgundy atau warna Plum are making a comeback!

Gambar Getty Images
Artikel berkaitan Gema KLFW 2025 Kian Terasa!
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

