7 Stail Rambut Bob-Cut Ungguli Golden Globes 2025
Dari stail rambut sleek hinggalah beralun. Potongan Bob-Cut meraih perhatian lensa di Golden Globes 2025.
Kembalinya Golden Globes itulah petanda musim anugerah berprestij sudah bermula. Pembuka tirai 2025 menyaksikan selebriti terkenal kini semakin bijak merencanakan keseluruhan look di acara paling ditunggu-tunggu. Trend cantik 2025 menunjukkan potongan rambut bob-cut bakal mencuri tumpuan. Ianya terbukti apabila beberapa selebriti hadir segar dan menawan bersama dandanan timeless bob. GLAM bariskan 7 stail rambut Bob-Cut di Golden Globes 2025.
1. KEIRA KNIGHTLY
Forever the queen of the bob! Jika anda meminati wanita ini pasti sering melihat dia hadir dengan potongan rambut bob. Di acara istimewa ini, rambut disisir rapi melurus bersama belah tengah.
2. SARAH PAULSON
Aktres ini juga memilih potongan rambut bob. Tidak terlalu pendek, rambutnya terletak kemas di atas tulang bahu yang menampakkan wajahnya lebih tirus.
3. ZENDAYA
Kehadirannya yang ditunggu-tunggu! The Red Carpet Scarlet! Dia tampil dengan ilham rambut Old Hollywood. Jurudandan selebriti Coree Moreno menggunakan Bellami Silk Seam Clip-In extensions dalam padanan warna Chestnut Brown dan Chocolate Brown untuk menaikkan lagi aura jelita aktres ini.
4. NAVA MAU
Gaya dandanan tousled bob hasil sentuhan Riad Azar menyerlahkan penampilannya. Rambut beralun lembut yang disisir tepi cipta volume tersendiri.
5. SELENA GOMEZ
Menurut jurudandan Selena, Renato Campora rambutnya mengambil inspirasi dari Sofia Loren, Lauren Bacall dan Marilyn Monroe iaitu ikon glamor, sofistikasi dan chic.
6. CATE BLANCHETT
Hanya sekadar menyelak rambut di belakang telinga, Cate tampil bersama gaya rambut archetypal bob yang ringkas.
7. EMMA D’ARCY
Aktres ini pula memilih gaya bob wet-look cipta ilham effortless seperti lived-in air di samping penampilan yang minimalis.
artikel berkaitan 7 Best of Beauty di Golden Globes 2024