Use your ← → (arrow) keys to browse
BEDAK ASAS PRO FILT’R SOFT MATTE LONGWEAR (RM180)
Apabila Fenty Beauty memperkenalkan Pro Filt’r Soft Matte Longwear Foundation pada 2017, Rihanna berusaha untuk menyediakan warna yang untuk semua individu dan boleh diakses di mana-mana. Selepas menyemarakkan misinya yang tidak berbelah bahagi iaitu “Beauty For All” dan mengembangkan rangkaian terlaris daripada 40 bedak asas kepada 50 pada tahun 2019, Rihanna kini telah melakukannya sekali lagi dan terus memperhalusi rangkaian Pro Filt’r Soft Matte Longwear Foundation untuk benar-benar memberikan padanan warna untuk semua orang dari pelbagai lapisan warna kulit. Dengan ujian yang meluas dan penyelidikan yang teliti, Fenty Beauty telah mengenal pasti jurang dalam barisan asas mereka dan menambah 9 rona baharu untuk menyediakan 50 rona yang paling inklusif kepada orang ramai.