7 Personaliti Berambut Cantik Pilihan GLAM - Glam Malaysia
7 Personaliti Berambut Cantik Pilihan GLAM

7 Personaliti Berambut Cantik Pilihan GLAM

GLAM telah memilih 7 personaliti berambut cantik yang terdiri daripada selebriti, pempengaruh digital, model dan usahawan. Setiap mereka ini sangat terkenal dengan rambut yang panjang mengurai, sihat dan bersinar. Siapakah mereka?

Rambut yang sihat dan bersinar adalah lambang gaya hidup yang sihat malah ia juga simbol kepada keyakinan diri. Tahun 2025, salah satu trend kecantikan yang sentiasa popular adalah memiliki rambut sihat, kuat dan panjang.

1.AIN EDRUCE

Pelakon dan pengacara popular ini sememangnya cukup terkenal dengan gaya rambut hitam lebat. Kini, dia sedang berbadan dua, rambutnya tetap kelihatan bersinar dan sihat. Dia ada berkongsi tip tentang pengunaan hair tonic dari Hello Babes yang dapat mengurangkan keguguran dan rambut kusut.

Ain Edruce

2.ATHINA KAMARUDIN

Model kesayangan GLAM ini juga sering tampil dengan content kecantikan rambutnya. Rahsianya adalah sentiasa rajin membuat scalp treatment sebulan sekali.

Athina Kamarudin

3.TYRA KAMARUZZAMAN

Pempengaruh digital dan usahawan muda kosmetik ini juga menjadi tumpuan wanita kerana mempunyai rambut yang cantik beralun. Jelasnya hanya dengan potongan rambut layer boleh menyerlahkan rambut lebih lebat dan tebal.

See also
Selebriti Terkenal Hollywood Yang Memiliki Bisnes Beauty Line

Tyra Kamaruzzaman

4.NABILAH NAZIB

Usahawan rambut Sugardollbynn ini sangat terkenal dengan memperkenalkan rangkaian produk rambut anti-gugur yang sangat efektif terutama postpartum hair fall. Menurutnya, sewaktu dia mengalami keguguran rambut yang teruk sudah pelbagai produk rambut telah dicuba, akhirnya dia menemukan ramuan terbaik untuk merawat masalah ini, dan kini rambutnya sentiasa tumbuh anak rambut dan katanya wanita perlu makan suplmen rambut sebagai tambahan.

Nabilah Nazib

5.RASHMITA RASINDRAN

Ratu cantik dan model yang baru sahaja dinobatkan sebagai Miss Charm 2024 juga mempunyai rambut yang beralun cantik. Sesuai dengan personaliti dirinya.

Rashmita

6.PUTERI AISYAH

Aktres cantik ini sering tampil dengan gaya rambut panjang dan tebal. Jelasnya, tiada spesifik penjagaan rambut yang rumit, sekadar rutin biasa dan mungkin ia adalah genetik keluarga.

Puteri aisyah

7.RASYIQAH & TRISEYA JOHAN

Triseya

Adik-beradik model ini generasi kini yang sering hadir dengan gaya rambut natural panjang dan sihat. Rasyiqah juga merupakan wajah baharu untuk kempen Sunsilk di pasaran Malaysia. Triseya pula mempunyai tekstur rambut unik

Rasyiqah

8 TIPS RINGKAS PENJAGAAN RAMBUT

  1. Kurangkan penggunaan alat panas pada rambut, hanya bila perlu sahaja.
  2. Gunakan air sejuk untuk membilas rambut, susah tetapi percayalah ianya sangat efektif!
  3. Elakkan mengikat rambut terlalu ketat, ini adalah untuk mengurangkan risiko rambut berkurangan atau botak
  4. Tukar sarung bantal kepada sutera atau satin. Ada kajian menunjuk sarun bantal berasaskan kapas, menyebabkan kulit kepala berkelemumur.
  5. Minum air yang mencukupi setiap hari.
  6. Trim rambut setiap 6-8 minggu
  7. Elakkan mencuci rambut dengan air terlalu panas
  8. Amalkan pemakanan yang kaya dengan nutrisi
See also
Socialite's Must Haves: Zaida Ibrahim

Artikel berkaitan 7 Stail Rambut Bob-Cut Ungguli Golden Globes 2025