Use your ← → (arrow) keys to browse
Selesai sudah acara gemilang AJL 37 tahun ini. 7 idea solekan dan ilham paling cantik pilihan Glam.
Solekan dan dandanan juga memainkan peranan penting dalam satu persembahan. Tanpa ilham yang tepat, mungkin menjadi punca mengapa persembahan itu tidak ada serinya! Tahun ini, rata-rata jurusolek profesional memilih ilham solekan minimal namun ada efek boldness dan dimensinya.
Benarlah, aura rona merah ini bukan sebarangan. Ibarat magnet menarik perhatian ramai. Marsha Milan Londoh pada malam itu, auranya sangat berbisa! Kemas penampilannya, kemas solekannya. Solekan fresh diserlahkan pilihan gincu rona merah pusam pilihan GLAM. Dandanan rambut oleh Yusof Ruzaimi melengkapi personaliti Marsha.