6 Muslihat Tatarias - Glam Malaysia

6 Muslihat Tatarias

megan foxGambar: TPGVIP

 

1. WAJAH FLAWLESS. Anda perlukan: Bedak asas, translucent powder

Parut jerawat, bintik hitam juga kemerahan are completely solvable! Bersihkan dan lakukan pengelupasan wajah dengan teliti kemudian sapukan bedak asas pilihan pada seluruh wajah. Mesra dan ratakan bedak asas pada wajah, baik jenis cecair atau kompak dan layangkan translucent powder. Voila!

 

2. BIBIR MUGIL. Anda perlukan: Pensil bibir, gincu, translucent powder, lip gloss

Helah sempurna mencipta bibir simetri dan perfectly luscious! Gariskan bibir menggunakan pensel bibir sepadan warna gincu atau rona sedikit gelap di atas atau di bawah garis bibir anda. Oles gincu menggunakan berus bibir dan mesrakan dengan warna pensel bibir. Finish look: oles lip gloss di tengah-tengah, di atas dan bawah bibir.

 

3. HIDUNG MANCUNG. Anda perlukan: 2 matte cake atau bedak asas, 2 concealers

Tip versatil yang membantu anda membentuk hidung sempurna tanpa bantuan jurusolek profesional. Teknik serupa air-brushing melibatkan aplikasi bayangan gelap untuk mencipta efek langsing. Sapukan bayang gelap di sekeliling tepi hidung, hidung kecil memerlukan prosedur reversed supaya lebih menyerlah manakala hidung yang panjang perlu sapuan gelap di sekitar dan di antara hidung juga di bahagian hujung hidung.

See also
Love Is In The Air: Valentine's Day Edisi Selebriti

 

4. PIPI MULUS. Anda perlukan: Bronzer, blush, big fluffy brush, fan brush

Gunakan berus pemerah pipi ke bronzer, bermula di bahagian sudut mulut dan sapukan kearah tulang pipi. Gunakan berus kipas dan pemerah pipi shimmery untuk menambah beberapa warna pada tulang pipi. Jika anda gemarkan efek subtle, simply replace the blush with a light, luminous powder.

 

5. KELOPAK MATA SEMPURNA. Anda perlukan: Highlighter, dark eye-shadow, light eye-shadow

Pretty simple! Pilih pembayang mata yang ringan untuk efek mata lebih luas dan warna gelap untuk mewujudkan ilusi crease. Jangan sesekali tarik kelopak mata anda semasa mengolah solekan kerana ada kalanya bila dilepaskan solekan tadi tidak akan sempurna seperti sebelumnya.

 

6. LONG LASTING MATTE PERFECTION. Anda perlukan: Loose powder/Matte cake   foundation

Which part of your face greases up the first? Usah gusar, let’s kick it up a notch! Sapukan bedak jenis serbuk untuk mengunci bedak asas cecair matte anda, wajah akan tampak shine-proof sepanjang malam!

See also
Kulit Putih Cara Semula Jadi