5 Petua Tingkatkan Sistem Imun Badan Untuk Pesakit Covid-19 Di Rumah - Glam Malaysia

5 Petua Tingkatkan Sistem Imun Badan Untuk Pesakit Covid-19 Di Rumah

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sejak varian Omicron melanda, makin ramai dalam kalangan kita dijangkiti virus ini. Kes harian pula naik mendadak! Jangan panik jika anda disahkan positif Covid-19 kerana ada solusi untuk melindungi diri secara efektif.

Alamak! Status di aplikasi mySejahtera bertukar ‘Casual Contact’! Bingung memikirkan dengan siapa anda bersama, siapakah yang terkena? Banyak persoalan yang menggangu minda anda kala saat anda ialah kontak rapat dengan individu positif Covid-19. Ingin saya kongsikan pengalaman yang saya hadapi, apabila dua kali berdekatan dengan individu yang positif Covid-19! Mulanya panik, banyak berfikir bagaimana jika simptom yang dihadapi makin teruk, adakah saya dalam kategori yang kritikal Saya bingung apa yang perlu dilakukan… Setelah dua hari selepas khabar berita mengenai ‘Bad News’ ini saya terus ke klinik untuk membuat ujian PCR. Alhamdulilah, keputusan negatif tetapi ada kebarangkalian saya punya virus dalam badan tetapi tidak aktif.

Saya ambil pendekatan untuk ‘self-isolated’ di rumah selama seminggu kerana khuatir, takut tersebar virus tanpa sedar dekat orang sekeliling saya. Selama berada di rumah, simptom mula hadir- Hari ketiga, keempat badan mula lemah, sakit tekak, cirit-birit, sukar bernafas dan sakit kepala. Sambil ‘video meeting’ di rumah, minda rasa terlayang-layang. Pening yang mencucuk! Jadi saya praktikan beberapa petua ‘Orang Bujang’ atau secara tradisonal agar dapat menguatkan sistem imun badan saya.

See also
#StayHomeWithGD: 20 Tip Rumah Mesra Alam

 

5 PETUA ALTERNATIF UNTUK TINGKATKAN SISTEM IMUN BADAN:

 

AIR LEMON SUAM + MADU

Buah lemon mengandungi nutrisi yang berkhasiat dan memberikan kebaikan kepada kesihatan badan. Menurut amalan perubatan tradisional Ayuverda, lemon seringkali digunakan untuk menyembuh sakit tekak dan beberapa jenis penyakit. Kandungan nutrient seperti Vitamin C, B, Pectin, Potassium, Kalsium dan bahan aktif anti-oksiden sangat kaya dalam buah lemon. Air lemon suam dapat melegakan tekak.