5 Petua Hindar Kulit Kering Semasa Puasa - Glam Malaysia
Kulit Kering

5 Petua Hindar Kulit Kering Semasa Puasa

Masalah kulit kering sering terjadi apabila di bulan puasa, di mana anda tidak boleh makan dan minum di siang hari. 5 petua mudah ini khas untuk anda.

Kulit kering ini boleh berlaku dalam kalangan semua individu dan ianya bukanlah mendatangkan bahaya. Malah, kehadirannya boleh membuatkan wajah nampak kusam, tidak ada seri, berkuping mahupun bersisik. Di bulan puasa, kulit akan terdedah dengan dehidrasi kerana kekurangan air yang mencukupi. Jika anda sedang mengalami masalah ini ; kulit tiba-tiba kasar, terasa ketat selepas mandi, mengelupas atau bersisik, gatal-gatal kulit, warna bertukar kelabu atau merekah. Ini tandanya anda perlu pratikkan 5 petua yang GLAM cadangkan.

Kulit Kering

5 PETUA HINDAR MASALAH KULIT KERING

1. BASUH MUKA DUA KALI SEHARI

Jika anda mempunyai wajah yang kering digalakkan untuk menggunakan pembersih wajah yang lembut dan bebas alkohol. Pilih produk yang mengandungi asid stearik atau asid linoleik yang akan membantu memperbaiki kulit.

2. PILIH PELEMBAP WAJAH BERASASKAN CERAMIDE ATAU GLISERIN

Tahukah anda selepas mandi kulit akan lebih kering berbanding biasa. Oleh itu, anda perlukan sokongan produk yang tepat. Pilihlah pelembap wajah yang berasaskan krim kerana tekstur ini memberi kelembapan yang optimum. Elakkan produk yang mengandungi sodium lauryl sulfate kerana ia akan membuat kulit lebih kering.

See also
Tip Penjagaan Wajah Sebelum Tidur Yang Anda Mesti Amalkan

3. JANGAN MANDI TERLALU LAMA

Amalan mandi terlalu lama sebenarnya boleh membuatkan ia menjadi lebih teruk. Terutama buat penggemar mandi air panas. Hadkan masa mandi selama 5 – 10 minit. Jangan guna pelbagai pembersih wajah dalam satu masa yang sama, cukup sekadar menghilangkan kotoran dan minyak. Jangan kesat wajah dengan tuala. Sebaliknya, guna teknik tekap secara perlahan-perlahan sehingga kering.

4. KURANGKAN MAKANAN MASIN DAN KAFEIN

Sepanjang puasa kurangkan makanan masin atau kafein kerana ia menyerap cecair dalam tubuh sehingga rasa haus. Akibatnya wajah menjadi kering dan kusam.

5. BANYAKKAN MAKAN BUAH-BUAHAN

Buah-buahan mempunyai banyak khasiat dan nutrisi. Jangan tinggal rutin makan buah kerana ia membantu kulit lebih segar dan lembap dari dalam.

Artikel berkaitan Tips Solekan Untuk Kulit Kering