5 Krim Tabir Suria SPF 50 Sesuai Untuk Musim Panas - Glam Malaysia

5 Krim Tabir Suria SPF 50 Sesuai Untuk Musim Panas

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Malaysia dilanda musim panas melampau! Sebelum terlambat lindungi kulit wajah anda dengan 5 pilihan krim tabir suria SPF 50!

Krim tabir suria atau lebih senang dipanggil Sunscreen adalah item kecantikan paling wajib! Tidak kiralah wanita atau lelaki. Kulit anda memerlukan pelindungan segera. Sebelum menggunakan SPF, pastikan anda sudah melakukan rutin penjagaan kulit dengan rapi. Dari rutin membersihkan wajah, melembapkan kulit, serum wajah. Pakar mengesyorkan sebelum menggunakan sunscreen, pastikan tangan anda bersih dan sapu rata pada permukaan wajah!

Krim tabir Suria

Tahukah anda, sepanjang seharian di luar mahupun di dalam rumah kulit sentiasa terdedah dengan elemen yang boleh menjadi punca akan kerosakan kulit. Sejak dua menjak ini, cuaca di Malaysia semakin panas ada sesetengah kawasan mencecah 40 darjah celcius! Jika kerap anda terdedah dengan sinaran ini, kulit akan berhadapaan dengan masalah pigmentasi dan penuaan yang cepat!

Ini pilihan GLAM untuk krim tabir suria 50 SPF:

MELIXIR VEGAN AIRFIT SUNSCREEN SPF 50+ PA++++ (RM180)

Pelindung matahari muka SPF 50+ yang tidak kelihatan dan tanpa berat untuk perlindungan UV yang sempurna dan berkekalan. Tekstur Air-Fit tidak meninggalkan kesan putih atau sisa berminyak. Diselit dengan tumbuhan ubatan Asia yang kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan kulit sensitif anda.