Jenama ini diasaskan oleh Sarah Shah Nor yang juga pengasas jenama fesyen muslimah, Modvier. Cuura merupakan jenama kecantikan lokal halal yang hanya menggunakan formulasi 100% vegan. Setiap pembuatan produknya dari Malaysia dan bersifat mesra bumi. Rangkaian produknya juga berkualiti tinggi setanding jenama antarabangsa.