Use your ← → (arrow) keys to browse
French Line Manicure
Gambar: Instagram is @tombachik
Ada yang menyangka French manicure sudah tidak lagi relevan untuk tahun 2022. Sesungguhnya sangkaan itu salah ya! Ia masih menjadi pilihan namun ramai memilih untuk menyelit sedikit olahan kepada gaya French manicure klasik selama ini. Seperti yang dilakukan penata rias kuku profesional, Tom Bachik pada kuku Tori Kelly ini, bukan sahaja layangan warna dilihat pada bahagian hujung kuku, dia turut menambah hiasan garis halus pada bahagian tengah untuk tampil lain daripada yang lain.