5 Helah Solekan Untuk Tampil Muda - Glam Malaysia

5 Helah Solekan Untuk Tampil Muda

ING_19032_01344

Gambar: INGimage


 
Tampil segar dan menawan setiap kali anda keluar rumah seperti selebriti dengan lima helah solekan dari GLAM.
 
Berani untuk Mencuba Gaya Baru

Penggunaan pembayang mata tona tanah sememangnya langkah yang selamat namun jika diulangi rutin yang sama, lama-kelamaan wajah anda akan nampak sama sahaja. Cuba ubah gaya anda dengan menggunakan rona lebih berani  seperti biru atau hijau. Mulakan dengan warna yang lembut. Gaya ini pasti akan membuatkan wajah anda tampak lebih menawan.
 
Pelembap Sebelum Bedak Asas

Sentiasa ingat untuk memakai krim pelembap sebelum bedak asas. Jika anda memakai bedak asas terlebih dahulu maka intipati pelembap akan diserap ke dalam bedak asas dan menyebabkan kedutan dan tompok kering semakin menyerlah pada wajah anda.
 
Tutup Cela dengan Concealer, Bukan Bedak Asas.

Jangan tutup masalah kulit wajah anda dengan bedak asas kerana bedak asas akan menyerlahkan lagi masalah kulit berkenaan daripada menyembunyikannya.
 
Kurangkan Penggunaan Bedak Bila Usia Meningkat

See also
Masker Rambut Solusi Terbaik

Bila usia semakin meningkat, cuba untuk kurangkan penggunaan bedak pada wajah kerana bedak biasanya melekap pada kedutan lantas membuatkan wajah tampak tua.
 
Oleskan Sedikit Glos pada Tengah Bibir Bawah

Helah ini akan membuatkan bibir anda tampak penuh. Elakkan rona gincu gelap kerana boleh buat bibir anda tampak kecil.
 
Sumber: Jelita