4 Trend Kecantikan 2025 Ramalan GLAM - Glam Malaysia
4 Trend Kecantikan 2025 Ramalan GLAM

4 Trend Kecantikan 2025 Ramalan GLAM

Get ready! 4 trend kecantikan ini bakal mendominasi 2025. Upgrade lemari anda dengan pilihan GLAM

Adakah anda bersedia untuk mentransformasi penampilan anda? Jom kita terokai ramalan trend kecantikan yang bakal mencorak industri pada tahun 2025! Berdasarkan analisis pakar industri dan paparan di landasan fesyen, inilah fenomena kecantikan yang akan menjadi bualan ramai.

Pelembap Bibir Hibrid

Dunia kecantikan dikejutkan dengan populariti produk seperti Rhode Peptide Lip Treatment dan Summer Fridays Lip Butter Balm. Tekstur berkilat, berminyak dan punya rasa dingin semakin popular sejak penghujung 2024. Tahun ini, ia bakal mencetus fenomena dengan tambahan formula yang lebih mengagumkan. Ia dikatakan hibrid kerana pelembap ini bukan sahaja bewarna malah turut bertindak menjaga permukaan bibir agar tidak merekah. Produk terkini di Ulu Soleil, Lip Peptide Balm is a game-changer!

Ulu Soleil

Koleksi lengkap Ulu Soleil Lip Peptide Balm

Tekstur Jeli Unik

Selepas kejayaan Milk Makeup dengan Cooling Water Jelly Tints yang viral, kita bakal menyaksikan lebih banyak produk makeup dan penjagaan kulit bertekstur jeli. Bukan itu sahaja, trend tekstur lembut seperti baldu yang diperkenalkan oleh Maybelline Super Stay Teddy Tint dan Benefit Plushtint akan menjadi pilihan ramai.

See also
Guna Ini Untuk Solekan Tahan Lama

Milk Makeup

Aroma Pic Yang Memukau

Tahun 2025 bakal dipenuhi dengan keharuman pic yang menyegar! Rare Beauty telah melancarkan semburan badan yang mampu membawa anda ke kebun pic yang menggoda. Malah, wangian baharu XO Khloé dari Khloé Kardashian turut menggabungkan nota pic bersama kelopak mawar, lavender dan kasturi.

Rare Beauty

Kuku Kuning Mentega

Warna yang sedang hangat diperkatakan ini telah mencuri tumpuan apabila dipakai oleh selebriti terkenal seperti Blake Lively dan Elle Fanning. Jangan takut untuk mencuba warna ini pada kuku anda! Kenapa tidak memberanikan diri dengan solekan mata berwarna kuning mentega?

Chanel Beauty

 

Artikel berkaitan Trend Kecantikan: Gincu Pusam Kembali Popular!