3 Hadiah Hari Ibu Pilihan GLAM Untuk Yang Tersayang - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Hari Ibu

3 Hadiah Hari Ibu Pilihan GLAM Untuk Yang Tersayang

Hari Ibu bakal menjelang hujung minggu ini, sudahkah anda mencari hadiah istimewa untuk ibu anda yang tersayang? Jika belum, GLAM senaraikan 3 hadiah pilihan untuk anda! 

Insan yang melahir dan membesarkan kita ini digelar sebagai ibu. Insan yang sangat istimewa dan harus disanjung oleh setiap individu. Mereka inilah yang bertungkus-lumus memastikan kasih-sayang diberikan secukupnya dari kita kecil sehinggalah besar. Ibu jugalah yang menjadi penyeri hidup secara tidak langsung dalam hidup kita. 

Namun, semakin diri membesar, semakin sibuk dengan kehidupan. Kadang-kala tiada masa untuk keluarga terutama sekali buat ibu bapa kita. Jika anda mula sedari akan perihal ini, apa kata anda berhenti sekejap daripada melakukan kerja dan ambil masa untuk pelan hujung minggu ini bersama ibu anda bersempena hari istimewa Hari Ibu. 

Sambil ada meraikan si Ibu, GLAM cadangkan 3 hadiah istimewa untuk diberikan kepada wanita hebat ini. 

Hadiah Hari Ibu Istimewa Pilihan GLAM

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

#3 Kilian Apple Brandy- On The Rocks RM1,100

Inginkan bauan manis dan segar dalam pada masa yang sama? Dapatkan haruman mewah daripada Kilian ini. Dengan adunan nota cardamon, bergamot dan apple brandy, memberikan aroma sofistikated. Sesuai juga buat anda yang sukakan aroma manis namun ada suntikan maskulin. Cukup versatil.

 

Pautan Berkaitan: Paris Hilton Timang Cahaya Mata Pertama Menerusi Ibu Tumpang