20 Beauty Weapons From Sephora

20 Beauty Weapons From Sephora

Jika rutin kehidupan harian terjejas akibat penularan wabak Covid-19 ini, rutin kecantikan tidak perlu menerima kesan yang sama. Mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana untuk berfikir secara lebih rasional dalam mengubah waktu kuarantin ini; kepada menghabiskan cuti di rumah bak menikmati percutian musim bunga/panas? Apa produk terhangat yang mampu memanjakan diri di saat ini? Treat yourself, dengan menjadikan rutin Sephora-runs kepada Sephora online shopping! GLAM mengumpul barisan produk kecantikan head to toe daripada Sephora, sebagai senjata “Greatest Of All Time” yang juga didambakan dan disayangi oleh influencer kegemaran anda!

Lihat 20 item pilihan GLAM di bawah: 

7 of 20
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Dr. Dennis Gross, Alpha Beta® Pore Perfecting & Refining Serum

Dikuasai oleh 7 jenis Alpha Beta® asid, Dr. Dennis Gross Pore Perfecting & Refining Serum berkebolehan untuk mengeluarkan kekotoran dan sebum yang berlebihan pada kulit selepas menggunakan produk ini selama dua minggu. Perbezaan pada kulit ternyata agak ketara dan kulit menjadi lebih lembut, licin, dan cerah, terutamanya di bahagian yang mempunyai jerawat. Serum ini membantu untuk merawat serta menjaga kulit wajah, dan hasilnya adalah sesuatu yang anda perlu alami sendiri.