20 Beauty Weapons From Sephora

20 Beauty Weapons From Sephora

Jika rutin kehidupan harian terjejas akibat penularan wabak Covid-19 ini, rutin kecantikan tidak perlu menerima kesan yang sama. Mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana untuk berfikir secara lebih rasional dalam mengubah waktu kuarantin ini; kepada menghabiskan cuti di rumah bak menikmati percutian musim bunga/panas? Apa produk terhangat yang mampu memanjakan diri di saat ini? Treat yourself, dengan menjadikan rutin Sephora-runs kepada Sephora online shopping! GLAM mengumpul barisan produk kecantikan head to toe daripada Sephora, sebagai senjata “Greatest Of All Time” yang juga didambakan dan disayangi oleh influencer kegemaran anda!

Lihat 20 item pilihan GLAM di bawah: 

20 of 20
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Dr.Jart+ Vital Hydra Solution™ Biome Water Cream

Dr Jart + memperkenalkan krim gel yang diasaskan dari air. Ia memberi efek penyejukan secara serta-merta dan menghidrat kulit sambil membantu mengekalkan kelembapan dan mengembalikan keanjalan. Tekstur krim ini sangat ringan diformulasikan dengan asid hialuronik untuk meningkatkan ketumpatan penghidratan kulit, meninggalkan kemasan segar dan lembut, sekali gus mampu menenangkan kesakitan dan kemerahan yang ada pada kulit.