Use your ← → (arrow) keys to browse
Gaya solekan dan dandanan selebriti sama ada yang kita lihat di televisyen atau majalah sering sahaja menangkap mata. Penampilan mereka mudah mudah mempengaruhi, membuat kita terikut-ikut. Dan penampilan mereka lazimnya direalisasikan oleh individu hebat sama ada pereka fesyen, jurusolek mahupun pendandan rambut. Setiap pakar-pakar ini pula pastinya ada produk yang menjadi kesukaan dan ‘wajib ada’ dalam bagasi kerja mereka. GLAM menyelongkar kit solekan dan dandanan 10 jurusolek dan jurudandan selebriti popular.
Cody Chua- Shiseido Professional Stage Work Fluffy Curl Mist.
“Saya gunakannya sebagai asas sebelum melakukan tiupan kering (blow dry). Ia membuatkan rambut lebih bersinar dan bertetkstur. Ia membuatkan gaya dandanan tahan lama dan membuatkan rambut nampak sihat.”