10 Paling Cantik di Oscar 2021 - Glam Malaysia

10 Paling Cantik di Oscar 2021

1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dari ilham bold lips, rambut sleek hinggalah pilihan rona solekan mata dan pipi semuanya lebih glamor dan fresh! 10 paling cantik barisan A-list di Oscar 2021

Dua acara bertemu di satu karpet merah. Oscar 2021 konsepnya agak berbeza seperti kebiasaan iaiti berlangsung di Union Station dan Dolby Theater, Los Angeles. Setiap bintang diwajibkan menjaga jarak dan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga. Sejak musim pandemik, ini adalah acara pertama terlaksana mengikut prosedur. Anda pasti merindukan siapakah gerangan atau barisan A-list yang hadir berbusana glamor dan ilham solekan atau gaya dandanan yang menjadi tumpuan lensa dunia. GLAM bariskan 10 terbaik : 

Zendaya

ZENDAYA
ZENDAYA

Star of the night! Aktres jelita ini tidak pernah mengecewakan kala hadir ke karpet merah. Ilham rambut panjang mengurai yang dibelah tengah adalah kontras gaya modern-princess. Sesuai dengan pilihan adi-busananya berona kuning terang dari Valentino. Solekan mata mengambil palet rona gangsa oleh jurusolek Lancôme Sheika Daley.

See also
Oscar 2021, Kejutan dan Sejarah Baharu