Di mana Beli Stylish Face Masks Dalam Talian? - Glam Malaysia
Di mana Beli Stylish Face Masks Dalam Talian?

Di mana Beli Stylish Face Masks Dalam Talian?

1 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

Face Masks kini bukan lagi versi monoton dan bosan. Glam senaraikan yang terbaik dari pereka fesyen tempatan Malaysia.

Bukan suatu yang baru, kini face masks hadir dalam pelbagai desain menarik – apatah lagi jika ia hasil kerja pereka fesyen tempatan Malaysia yang paling dikagumi semua penggemar fesyen negara. Rata-rata semua berlumba-lumba menghasilkan versi sebaik mungkin khas buat peminat jenama mereka. Bukan hanya pereka tempatan, local influencer turut terkena tempias trend ini lalu mengambil peluang untuk menghasilkan topeng muka versi mereka sendiri.

Face Masks menjadi aksesori paling penting akhir-akhir ini, sejak virus Covid-19 menyerang dunia. Rasa kekok bila keluar rumah tanpanya. Ya, tidak memakainya bukan sahaja dikenakan denda RM1,000 malah anda bakal meringkuk di dalam penjara kerana dua hukuman itu sudah pun termaktub dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Seperti Face Masks Jovian Mandagie yang pastinya memenuhi keperluan anda dengan cara yang paling stylish kala berada di luar rumah! Namun begitu, elakkan keluar rumah jika tiada kepentingan ya? Kesemua face masks yang GLAM senaraikan ini boleh dicuci, boleh bernafas walaupun apa jua fabrik yang digunakan dan boleh digunakan semula.

See also
Debaran #KLFW2023, Jom Imbas Fesyen Selebriti di KLFW Tahun Lepas

Mudah disertakan dengan penapis pakai buang, dan yang paling menarik ada logo signature jenama yang disematkan mewakili jenama masing-masing. Topeng muka adakalanya adalah unisex dan terdapat dalam satu saiz untuk semua orang dewasa dan tidak terkecuali, juga buat hijabis!