Lip Maestro Menghangati Dunia Kecantikan - Glam Malaysia

Lip Maestro Menghangati Dunia Kecantikan

 

Lip Maestro daripada Armani Beauty definitely a must have beauty item!  Didatangi dengan 20+ variasi warna hangat, setiap olesan memberikan sensasi keselesaan dan kemasan yang kaya pada bibir. Kuncinya berpaksi pada tekstur Lip Maestro yang  tidak melekit dan memberikan penghidratan maksima selama lapan jam. Selain itu, pigmen lipstik ini tertumpu khas untuk menyerapkan formula gel, sekali gus menawarkan noda bibir yang hangat, menggoda, dan berseri. Dengan rona merah terang dan merah jambu sebagai warna signatur, kini Armani Beauty telah mencipta pelbagai warna merah jambu dan coklat sebagai versi tambahan untuk koleksi Matte Nature.

Terpanah dengan kehangatan lipstik ini, GLAM dan Giorgio Armani Beauty berkongsi sinematik ultra glamor bersama-sama Nora Danish, Shir Chong, dan Vanizha Vasantha masing-masing menerusi pilihan Lip Maestro pilihan tersendiri.


 

See also
April's Faves: Lima Produk Kecantikan Pilihan GLAM Bulan Ini

BluInc Malay Beauty Desk Puts a Spin On Lip Maestro 

 

Deyda Shahril, Penulis Kanan Kecantikan

“Dengan rona blue undertoned, Lip Maestro (400) ini memberi pujian kepada nada kulit saya yang sawo matang.”

 

Julia Azman, Head of BluInc Malay Beauty Desk 

“Warna nude Lip Maestro (500) ini sangat versatil untuk penampilan harian saya, ia melembapkan bibir dan tahan sehingga lapan jam.”

 

Shamira Yazid, Penulis Kanan Kecantikan

“Saya tampil yakin dengan olesan Lip Maestro (501). Warna yang berpigmen, ronanya yang cerah memberikan sensasi berani tanpa terlalu menonjol.”