Kuasai Kunci Stail Kate Spade
Pengarah kreatif Kate Spade New York, Nicola Glass meletakkannya sebagai “bandar safari”, iaitu titik permulaan untuk koleksi musim bunga. GLAM berkongsi stail mesti ada untuk kuasai musim ini. Bagaikan satu pengembaraan, tidak kira kecil atau besar ia mahu diraikan oleh Nicola Glass. Wanita tidak perlu takut untuk melangkah keluar dari pintu rumah dengan menyarungkan satu helaian yang punya stail namun masih direka dengan daya praktikal. Selain itu, seni penggunaan fabrik mewah juga menjadi taruhan penting di Kate Spade.
Seperti yang disiarkan di Instagram GLAM Malaysia:
Terhimpun helaian dalam material kulit dengan kemasan yang cukup lembut, dress kain renda yang sungguh selesa atau sarungkan sahaja dress kait bersama blaus sutera kapas. Glass mahu mencipta helaian yang siap sedia untuk semua wanita dan dibuktikan melalui pemilihan peragawati yang berjalan buat acara fesyen ini. Grace Elizabeth membuka acara dalam balutan dress kapas bersama jaket kapas yang bagaikan sudah sedia mahu terbang kembara ke percutian pulau.