It's The Year Of The Rat! - Glam Malaysia

It’s The Year Of The Rat!

Ni Ni, Earl Cave dan Zoe Bleu bersama-sama kartun paling ikonik, Mickey Mouse dirakam menikmati percutian paling gembira di Disneyland! Ini adalah kempen Gucci bagi merayakan Tahun Baru Cina yang mana juga merupakan tahun tikus. Maka memang sangat terbaiklah pilihan Gucci untuk melancarkan koleksi Tahun Baru Cina bersama Walt Disney’s True Original, Mickey Mouse. Kempen yang cukup eklektik ini meraikan rasa fantasi di bawah lensa kreatif Harmony Korine. Terpancar rasa harmoni dan keseronokan anak kecil dalam setiap gambar kempen.

Melihat koleksi eksklusif ini, kunci utama adalah corak Mickey Mouse yang diterapkan pada Mini GG Supreme kanvas. Ia dimadukan bersama corak vintaj Mini GG yang mana pernah digunakan pada era 80-an. Corak ini digunakan pada hampir semua aksesori dan ceraian pakaian. Ada tag kulit eksklusif disertakan sekali bagi meraikan koleksi bersama Walt Disney. Lebih menarik dengan sambutan di Malaysia, Gucci turut menjemput sebilangan personaliti Kuala Lumpur untuk menggayakan koleksi khas ini. Mereka adalah Juwei Teoh, Ridduan TTFGA, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Cherrie Liong dan Avangeline Yan.

RIDDUAN TTFGA

AWAL ASHAARI DAN SCHA ALYAHYA

CHERRIE LIONG DAN AVANGELINE YAN

 

See also
#OOTD Kuala Lumpur Fashion Week 2018 Day 1!