Gemerlapan Terindah Timur Tengah

Gemerlapan Terindah Timur Tengah

Teks Yusairi Fitri

Gambar Swarovski

Hari Raya Aidilfitri, menandakan berakhirnya Ramadan dan acara penting dalam kalendar Islam ini disambut dengan keluarga dan orang tersayang. Swarovski meraikannya koleksi terbaru yang sempurna digayakan buat pelbagai majlis. Memilih The Most Graceful Icon yakni Neelofa sebagai wajah kempen Raya tahun ini buat kali pertama di Malaysia dan kempen yang berlatar belakangkan gurun Abu Dhabi sungguh menakjubkan. Musim ini, koleksi terbaru Swarovski diilhamkan daripada keindahan sinar matahari yang bersinar-sinar mencipta kegembiraan, membawa keyakinan, kecantikan dalaman dan luaran buat wanita, seperti Neelofa auranya bergemerlapan, cita-cita,  keyakinan dan glamor.

 

“Syawal adalah bulan yang saya akan luangkan masa dan  memberi tumpuan pada nilai, cara bagaimana saya dapat menyumbang kepada masyarakat. Hasrat saya adalah untuk menjadi pemberi, bukan penerima. Seseorang yang memberikan cinta, kekuatan dan aura positif. Saya benar-benar percaya kehebatan seseorang itu tidak berpaksi pada apa yang mereka miliki tetapi dengan apa yang mereka berikan.” Kata Neelofa.

See also
Hadiahkan Si Cinta Hati Berlian Paling Mewah Pilihan GLAM

 

Gandakan gemerlapan sambutan Hari Raya Puasa bersama seleksi perhiasan Swarovski yang pastinya menerbitkan keanggunanmu.