Celine Dion Menerima Gelaran Doktor Muzik Kehormat - Glam Malaysia
Celine Dion Akan Menerima Gelaran Doktor Muzik Kehormat

Celine Dion Menerima Gelaran Doktor Muzik Kehormat

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Penyanyi ‘My Heart Will Go On’, Celine Dion bakal menerima gelaran kehormat dari sekolah berprestij Massachusetts bersama Pharrell Williams dan Chad Hugo.

Celine Dion baru-baru ini memuat naik status di Twitter bahawa dia akan menerima gelaran doktor muzik kehormat dari sekolah muzik berprestij akhir tahun ini bersama Pharrell Williams, Donald Harrison, dan Chad Hugo, sementara Chita Rivera dan André Watts akan mendapat gelaran Doctor of Arts. Celine merasakan ia suatu kehormatan buat dirinya dan berasa rendah diri untuk menerima gelaran doktor muzik kehormat dari Berklee College School of Music yang sangat dihormati.

Upacara permulaan Kolej Muzik Berklee akan disiarkan pada 8 Mei, sementara itu siaran secara langsung menerusi alam maya akan dilangsungkan sehari sebelum hari penerimaan untuk memberi penghormatan kepada para penerima hormat pada tahun ini pada 7 Mei 2021.

Sementara itu, Celine baru-baru ini mengatakan bahawa dia telah mengembangkan “kemerdekaannya” setelah bertarung dengan penyakit suaminya Rene Angelil beberapa tahun yang lalu, yang kalah dalam pertempuran dengan barah pada tahun 2016, diikuti abangnya meninggal dunia dan kematian ibunya pada Januari 2020.

See also
Kim Kardashian Digelar Biadap Oleh Netizen

Celine merasakan hari menerima berita dari Berklee College School of Music untuk penerimaan gelaran doktor muzik kehormat adalah berita yang terbaik diterimanya setelah melalui beberapa waktu yang sukar, kehilangan suami dan abang beberapa tahun yang lalu, dan ibunya baru-baru ini.

Tambah Celine, kehidupan memberikan cabaran kepada dirinya dan keluarga dan ia membuatkan mereka berusaha mencari jalan untuk meneruskan hidup tanpa orang tersayang disisi. Celine merasakan muzik boleh menjadi kekuatan penyembuh, dan koleksi lagu baharu di album terbaharunya baru-baru ini membantu Celine mencari kekuatan baru dalam kehidupanya. Menggelarkan ia sebagai suatu merdeka bagi dirinya kerana kini Celine adalah ketua rumah tangga.