Apa benar wanita tercantik di dunia adalah Bella Hadid? Ya, itulah hasil dari kajian Greek Golden Ratio of Beauty Phi yang mendapati wajah mulus supermodel yang berusia 23 tahun itu mencapai hampir 94.35 peratus tahap kesempurnaan Golden Ratio, menjadikannya dirinya menepati “idea kesempurnaan Greek purba.”
Theo Wargo/WireImage
Menurut sumber Awnai, hasil dapatan ini merupakan sebahagian daripada kajian yang dijalankan oleh pakar bedah plastik Dr Julian De Silva yang membuat penilaian khusus terhadap mata, bulu kening, hidung, bibir, dagu, rahang serta bentuk muka beberapa selebriti wanita terkemuka.
Foto: Instagram @bellahadid
Dalam kajian beliau, Beyoncé menduduki tempat kedua, diikuti Amber Heard, dan Ariana Grande berada di tempat keempat. De Silva berkata, The Golden Ratio itu merupakan persamaan matematik yang dicipta oleh orang Greek dalam usaha menilai kecantikan wajah sebenar. Dalam paparan seterusnya di Instagram beliau, De Silva menjelaskan bagaimana persamaan itu berfungsi.