All aboard the Chanel Express! 

All Aboard The Chanel Express! 

 

Teka-teki apakah yang bakal dihidangkan oleh pengarah kreatif baru Chanel Virginie Viard untuk koleksi Cruise kali ini terjawab. Masakan tidak, legasi yang digalas hasil peninggalan pereka ikonik seperti Coco Chanel dan Karl Lagerfeld cukup hebat. Namun, Viard punya magis apabila membentangkan koleksi Cruise yang menepati DNA Chanel dalam gayanya yang tersendiri. Apa yang bisa disimpulkan, pelayaran keseluruhan koleksinya sungguh indah, santai, lembut baik pada sut, miniskirt, button-up tops, dress perincian bow, sepatu leper hitam dan putih amat menepati cita rasa semua. Koleksi yang diilhamkan dari siri percutian mewah ini berlangsung di Grand Palais di Paris, yakni lokasi Chanel selama bertahun-tahun. Apa yang membezakan adalah dari segi persembahan, menyelak kembali persembahan Lagerfeld 2019 untuk musim sejuk lalu, koleksi Cruise 2020 menampilkan set-up yang menampilkan suasana di stesen kereta api. Melewati destinasi yang indah di Eropah, seperti Venice, Rom, Riviera, dan banyak lagi, wanita Chanel musim ini seakan mendominasi dunia dan setiap ceraian sempurna buat kesemua destinasi yang ditujui.

Daya tarikan dan kosa kata Chanel ringkas, rona ikon hitam, ecru dan putih yang ikonik turut dipadankan dengan palet yang menarik seperti merah jambu, hijau, biru, fuchsia, mauve dan biru langit yang diadun bersama coklat mocha, navy dan kobalt blues. Gaya signatur Chanel seperti tweeds, pantsuits dan beg tangan klasik turut ditampilkan dalam nafas yang lebih mudah, ringan, mudah dan santai.  Tebaran bunga camellia turut terlihat pada sesetengah koleksi, ada yang dicetak, ada yang bersulam dalam jubah dan yang lain dipotong dari sutera, tulle dan rhodoid, sambil menambah sentuhan keanggunan di seluruh rekaan.

Tebaran bunga camellia turut terlihat pada sesetengah koleksi, ada yang dicetak, ada yang bersulam dalam jubah dan yang lain dipotong dari sutera, tulle dan rhodoid, sambil menambah sentuhan keanggunan di seluruh rekaan. Keselesaan dan functionality adalah kunci. Mencedok inspirasi dari pakaian seragam pekerja, Viard menafsirkan semulanya dalam jaket pelbagai yang mudah dan santai. Lalu dipandankan bersama seluar panjang berperincian butang berganda yang dibuat dari gabardin atau kapas lilin.

https://www.instagram.com/p/B4sXeJ4Irhz/?utm_source=ig_web_copy_link

Beg pula menampilkan koleksi 11.12 beg dalam paten kulit atau tweed, ada yang dilengkapi dengan pemegang bulat untuk sentuhan kontemporari. Terdapat juga versi berwarna-warni yang memaparkan corak quilting 3D baru dan beg maxi duffle dalam denim atau kulit, untuk gaya retro.

7 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse