Rahsia Rambut Cantik Hanya Di GLAM Beauty Box : Episode 2 - Glam Malaysia

Rahsia Rambut Cantik Hanya Di GLAM Beauty Box : Episode 2

Untuk Episod 2 ini GLAM Beauty Box menampilkan pilihan terbaik untuk rahsia rambut cantik yang patut anda miliki. Jika remedi tradisional sentiasa anda amalkan, apa kata twist kepada sesuatu yang lebih berteknologi tinggi dan moden. Seperti biasa, Julia Azman tampilkan barisan barangan rambut khas untuk anda.

 

 

 

It is all about hair! Untuk mendapatkan rambut sihat dan cantik kita sering dengar jika berbelanja lebih di salun, barulah rambut kekal cantik. Bagi saya, dengan zaman berteknologi tinggi ini tidak perlu lagi ke salun kecantikan dengan kerap – jika sekali sebulan untuk treatment tertentu boleh sahaja. Terdapat banyak jenama penjagaan rambut atau alat penggayaan yang mudah dimiliki dan digunakan di rumah. There’s always a way to get a good healthy hair. Hanya beli sekali dan gunalah selama mana untuk kekalkan rambut cantik. Jimat masa dan tidak perlu membuat appoinment!

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse
Dyson Airwrap Styler Edisi Istimewa, RM2,199

 

See also
Rawatan AFT, Servis Premium Penyingkiran Rambut Peribadi Terbaik STRIP

Dengan efek Coanda, Dyson Airwrap Styler sekali lagi hadir dengan koleksi cukup memberi impak terbesar dalam dunia peralatan rambut. Hadir dengan teknologi serba canggih, Dyson Airwrap Styler dengan pilihan warna merah ini adalah edisi istimewa khas meraikan Hari Wanita Sedunia.