It’s Okay Being Single On Valentine’s Day, And Here’s Why!
Lihat kiri dan kanan anda. Pastinya individu yang anda lihat kebanyakannya bersama pasangan mahupun keluarga mereka. Dalam budaya Asia, jika sesetengah individu melebihi usia tertentu dan masih bujang, mereka dianggap andartu atau lebih teruk, dianggap terlalu memilih pasangan hidup. Ada juga yang mengatakan seseorang individu perlu berpasangan agar kehidupan mereka menjadi lengkap. Sebelum anda judge mereka yang masih bujang, menurut sumber kami bariskan 10 sebab mengapa being single is awesome.
1. ANDA BELAJAR MENGHARGAI DIRI SENDIRI
Apabila berpasangan, secara automatiknya anda akan dianggap dan dijangka untuk lebih fokus pada keperluan dan kehendak mereka, bukan lagi pada diri sendiri, menurut ahli psikologi klinikal dan pengasas MySingleSpace, Wendy Wasson, Ph.D. Jangkaan ini seringkali menyebabkan keretakan dalam satu hubungan kerana kehendak yang tinggi daripada pasangan. Tekanan ini tidak menjadi kerisauan buat mereka yang bujang kerana mereka belajar untuk menghargai diri sendiri dan meletakkan diri mereka dahulu sebelum orang lain.
2) HUBUNGAN DENGAN TEMAN MENJADI LEBIH BAIK
Jika anda lihat, apabila anda mula berpasangan, hubungan dengan teman-teman juga semakin lama semakin renggang. Mereka yang bujang pula akan lebih fokus kepada teman dan ahli keluarga dan ini akan menguatkan lagi hubungan mereka. Mereka yang tidak memiliki ramai teman mempunyai risiko untuk meninggal dunia tujuh tahun lebih awal tidak mengira usia, menurut kajian oleh jurnal PLoS Medicine yang dilakukan di Brigham Young University dan University of North Carolina.
3) TIDUR LEBIH NYENYAK
Mungkin ini kedengaran pelik, tetapi hakikatnya jika anda bujang, tidur anda akan lebih nyenyak dan tenang. Jika pasangan anda kuat berdengkur atau miliki jadual tidur berbeza, ini boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Menurut Journal of Marital and Family Therapy oleh Jeffrey H. Larson, D. Russell Crane dan Craig W. Smith, pasangan yang miliki corak waktu tidur berbeza mempunyai lebih masalah dalam hubungan termasuk kurang hubungan intim, kurang berkomunikasi dan lebih konflik dalam menyelesaikan masalah.
4) ANDA BOLEH LAKUKAN APA SAHAJA YANG DIINGINI
Tanpa pasangan, anda boleh mengawal kehidupan dan masa sendiri. Ini bermakna anda boleh mencipta rutin harian yang selesa tanpa perlu memikirkan rutin orang lain terutamanya pasangan. Dengan ini juga, anda boleh lakukan apa sahaja yang diingini tanpa meminta kebenaran pasangan. Menurut kajian oleh McGill University di Kanada, mereka yang memiliki rutin harian stabil mempunyai hidup yang lebih berkualiti dan lebih tidak cenderung untuk menghidap gangguan mental. Apa yang anda tunggu lagi? Take charge of your life now.
4) JIMAT WANG
Ya, pastinya wang anda masih akan berkurang jika gemar berbelanja. Maksudnya di sini adalah jika anda bujang, anda akan hanya menggunakan wang untuk diri sendiri. Jika anda mempunyai pasangan, perbelanjaan akan berganda. Ini termasuk kos perbelanjaan untuk makan, menonton wayang, kos kecantikan dan lain-lain lagi. Belum melibatkan lagi kos hadiah hari jadi, ulang tahun atau percutian bersama-sama. Buat mereka yang telah berkahwin pula, kos perbelanjaan juga akan lebih bertambah apatah lagi jika anda dikurniakan cahaya mata.
6) TIDAK TERLIBAT DENGAN DRAMA REMEH
Mana-mana hubungan akan melibatkan dua hati dan personaliti berbeza. Toleransi dan komunikasi adalah kunci utama untuk hubungan berjaya, dan tanpa dua kunci ini, pergaduhan tidak dapat dielakkan. Mereka yang bujang pula tidak perlu lalui drama-drama remeh ini malah ia juga mengurangkan rasa sakit hati. Masa dan tenaga yang anda anda lebih baik diluangkan untuk aktiviti-aktiviti kegemaran berbanding bersedih tentang hubungan anda.
7) TRAVEL!
Bukan bermakna anda yang berpasangan tidak dapat lakukan perkara sama, cuma mereka yang bujang tidak punyai batasan tertentu. Sebagai contoh, pabila anda mengembara atau bercuti dengan pasangan, anda perlu bertoleransi dengan mereka tentang lokasi, bajet mahupun aktiviti yang akan dilakukan. Mereka yang bujang pula tidak perlu fikirkan semua perkara tersebut kecuali jika mengembara bersama teman atau ahli keluarga. Hanya pack helaian yang diperlukan, bawa passport dan kenali dunia secara rawak (tetapi masih jaga keselamatan) mengikut naluri anda.
8) BEBAS UNTUK BERKAWAN
Tanpa sebarang ikatan dengan mana-mana individu, bermakna anda bebas berkawan dengan sesiapa sahaja. Ada sesetengah pasangan yang terlalu mengongkong mungkin tidak membenarkan anda keluar dengan teman walaupun sama jantina hanya kerana mereka cemburu. Bukan semua pasangan seperti ini namun apabila anda bujang, anda tidak perlukan kebenaran untuk berkawan. Jadi buka minda dan beramah mesra dengan mana-mana individu sekalipun kerana tidak salah untuk anda membuat kawan baru.
9) BENTUK BADAN LEBIH MENAWAN
Menurut satu undian yang dilakukan di United Kingdom, mereka mendapati bahawa ¾ atau 73 peratus individu yang tidak bersenam (sekurang-kurang 150 minit seminggu) adalah dari kalangan yang sudah berkahwin. Undian ini mengatakan mereka yang bujang dan telah bercerai lebih aktif kerana mereka ingin menarik perhatian bakal pasangan. Malah, menurut penulis buku Singled Out: How Singles Are Stereotyped, Stigmatized and Ignore, and Still Live Happily Ever After dan ahli sains sosial, Bella DePaulo, Ph.D., mereka yang bujang lebih mengambil berat tentang penampilan dan ini pastinya termasuk melakukan senaman bagi meluangkan masa yang ada.
10. KERJAYA ATAU HOBI LEBIH CEMERLANG
Dengan masa yang terluang dan tanpa gangguan individu lain, mereka yang bujang akan lebih fokus kepada kerjaya atau hobi. Di tempat kerja, mereka akan lakukan kerja sebaik mungkin, bukan berkepit dengan telefon pintar untuk mendapatkan update harian daripada pasangan. Tanpa tekanan daripada pasangan juga, anda dapat memilih kerjaya yang diinginkan dan pelan perancangan mengikut terma sendiri. Usah risau.