Retorik: Label Tempatan Underrated? - Glam Malaysia

Retorik: Label Tempatan Underrated?

Landskap fesyen tanah air sudah berubah. Saya bangga melihat lapangan fesyen tanah air kita hari ini. Pereka fesyen baru tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan dan hari ini pereka-pereka tempatan diberi platform seperti KLFW (Kuala Lumpur Fashion Week) untuk memperagakan helaian bagi setiap koleksi mereka. Ya, saya sendiri sudah dilamar pihak KLFW untuk tahun kelima.

Ezzati Amira adalah pereka fesyen untuk label Ezzati Amira, dan hari ni dia cuba menulis. Sila e-mel pendapat peribadi anda kepada suzieadnan@bluinc.com.my.

Tamat pengajian pada 2010, saya mula menceburkan diri dalam bidang fesyen bekerja dengan pereka tempatan bagi jenama Lee An Maxima. Setelah mengumpul pengalaman selama tiga tahun di sana, saya yakinkan diri dengan melancarkan label sendiri, Ezzati Amira buat julung kali pada 2013.

Tapi siapa kata jadi pereka fesyen ini mudah? Sample koleksi baju Ezzati Amira semua saya buat sendiri. Saya lebih puas apabila turun padang. Jika hantar pada kilang untuk buat sample, walaupun kita bagi detail terperinci sekali pun, apabila sample siap masih tidak sama seperti yang kita bayangkan. Untuk menghasilkan sesuatu koleksi, pereka perlu buat kajian, develop design, juga perlu buat story board, mood board, fabric sourcing, lakaran sehingga dapat final design. Kemudian kami perlu buat technical drawing, pattern dan pelbagai langkah lagi yang perlu diambil sebelum menghasilkan baju. Lazimnya saya akan dapatkan fabrik di China. Saya akan peruntukan bajet untuk ke China lima ke enam kali dalam setahun. Bagi saya kekuatan Ezzati Amira terletak pada permainan cetakan fabrik. Apa pun saya perlu berhati-hati dalam meneliti print kerana bimbang mungkin ia hasil cetak rompak dari print jenama besar dunia seperti D&G, Prada, Fendi atau lain-lainnya.

See also
Trend - Emblem Mewah Shadov, Versace Home

Alhamdulillah saya sudah mula buat print sendiri sekali gus menjadikan koleksi Ezzati Amira lebih eksklusif kerana rekaan tersebut tidak boleh ditemui di mana-mana. Ia eksklusif. Saya ada pelanggan yang setia dengan Ezzati Amira kerana mereka menggemari sesuatu yang lebih eksklusif dan helaian itu tidak bersepah merata-rata.

Sejujurnya, saya percaya ramai pereka tempatan rata-ratanya berasa semput untuk keluarkan ready-to-rear (RTW). Most designer’s bread and butter offerings are bridal. Eclipse can be considered as one of the most sustainable local brand that are producing RTW. Dahulu saya lihat pereka-pereka seangkatan bersemangat mahu keluarkan RTW, tetapi satu demi satu beralih arah kembali kepada busana pengantin. Ini kerana kami terpaksa bersaing dengan Zara, Topshop, H&M yang menjadi antara jenama yang memberi cabaran besar buat kami semua sebagai pereka tempatan. I’m having a dilemma and going through a stressful period thinking about this. Saya cuba meletakkan harga berpatutan. Dan kuantiti keluaran saya tidak besar dan yang pasti ia eksklusif.

See also
Gaya Rambut Baru Selena Gomez Is SO Fresh

Jujur saya kata, untuk koleksi Ezzati Amira hanya among our urban fashion community knows about it, which are probably maybe 20 of them dan 80 peratus lagi mungkin belum berani untuk menggayakan baju Ezzati Amira yang berteraskan edgy dan moden. Mungkin belum begitu daring untuk mengenakan helaian yang fashionable. Atau mungkin golongan ini tidak tahu akan wujudnya jenama-jenama tempatan. Saya rasa masih ramai yang cetek pengetahuan kerana memandang rendah barangan buatan Malaysia. Konon helaian pereka tempatan tidak berkualiti, tak ada kelas dan ada yang kata mahal.

Hal ini menyekat kreativiti kami sebagai pereka fesyen sedangkan kami perlu bebas berkarya tanpa had dan batasan. Namun dengan masyarakat Malaysia yang berani saya katakan are not fashion-savvy, I have to ask questions for each collection that I produce whether the market would like my designs, are they sellable, would people want to wear them?

Padahal kami tidak perlu fikir pun seperti itu. Jauh sekali nak bandingkan negara jiran kita Indonesia. Rakyat mereka sangat menyokong barangan buatan negara mereka, dan pereka fesyen mereka bisa lebih berekspresi dalam setiap rekaan mereka.

See also
5 Restoran & Kafe Mesti Lawati Di Bali

Di Malaysia lazimnya, kami pereka tempatan harus memberi influencer atau selebriti memakai baju kami, baru mereka mahu beli dan berani memakai helaian kami. Rakyat Malaysia perlu buka mata dan menyokong buatan Malaysia. Hapuskan tanggapan dan mentaliti yang menganggap produk tempatan tidak berkualiti. Kami semua belajar di universiti dalam jurusan fesyen dan memiliki kelebihan sendiri. Syukur kerana KLFW banyak juga membantu menaikkan martabat fesyen tempatan. Semoga pereka tempatan terus gemilang dan cemerlang di pentas fesyen tanah air sendiri.

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Mac 2018