Kediaman - Oasis Rimba - Glam Malaysia

Kediaman – Oasis Rimba

Janda Baik, tanah hutan pinggir bandar yang masih kekal tidak terusik dek pembangunan moden. Dua unit lot tanah setiap satu berkeluasan satu ekar, di lereng bukit Tanarimba, Janda Baik dibeli tanpa ragu oleh ahli perniagaan, Kong Hock Sian. Dia kemudian menjalin kerjasama dengan arkitek tempatan. Ar. Melvyn Kanny bagi merealisasikan sanggar persinggahan idaman. Melvyn dipertanggungjawabkan untuk membina satu unit banglo sebagai rumah rehat yakni rumah induk dan satu unit banglo lagi untuk kegunaan anak-anak Kong yang juga berfungsi sebagai rumah tetamu.

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Banglo dua tingkat dibina di lereng bukit curam menyajikan saujana pemandangan tiada tandingan. Berdiri di dek balkoni kamar tamu utama, mata terlihat kabus pagi keluar dari  lembah pergunungan yang masih hijau. Cuaca agak terik tetapi tidak begitu bahang, malah mendamaikan. Seni bina banglo berkonsepkan moden ekologi. Melvyn mengadaptasi landskap tanah semulajadi Janda Baik yang berbukit-bukau dalam struktur seni bina kedua-dua banglo. Setiap ruang yang ada memiliki karakter tersendiri dan setiap bilik dibina tanpa lekuk 90 darjah. Malah, Melvyn menekankan setiap ruang direka agar penghuni dapat menikmati keindahan persekitaran semula jadi tanpa halangan dari dalam mahupun luar kediaman.

See also
Memilih Sofa Kulit