Kediaman - Kembara Seni Moden - Glam Malaysia

Kediaman – Kembara Seni Moden

Pagi itu saya tiba terlebih dahulu. Sementara menantikan yang lain, Rezal mengajak saya menikmati secangkir teh penas bertemankan sepinggan biskut untuk santapan pagi. Sambil itu kami mula berbicara mengenai kediaman ini. “My journey in buying this property at The Sentral Residences started in 2012, after I got back from my Hajj trip the year before.That year we celebrated the Year of the Dragon.

Idea asal adalah untuk memiliki sebuah kediaman yang terletak strategik di Kuala Lumpur sebagai lokasi untuk saya menjamu teman sambil menikmati pemandangan pencakar langit yang menghiasi panorama Kuala Lumpur. Ia juga turut bertindak sebagai pelengkap kepada hartanah landed sedia ada yang saya miliki di Bangsar.”

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Memasuki ruang kediaman ini, pancaran rona biru terang menjadi fokal utama di ruang tamu kediaman. Menurutnya lagi ia terinspirasi daripada warna kubah Masjid Negara selain salah satu lokasi percutian popular yakni Yves St Laurent Le Jardin Secret Palace yang terletak di Maghribi. Ketika mula mendapat kunci untuk mendiami kediaman ini sekitar tahun 2017, Rezal telah mula merencana wajah ruang yang ingin diterapkan untuk mengangkat rasa pilihannya.

See also
Hilangnya Permata Seni Bina Zaha Hadid

Berpaksikan gaya hidup moden kontemporari, Rezal mahu bermain suntikan elemen seni dengan gabungan artifak dan seni lukis yang menjadi koleksinya sepanjang mengembara mengelilingi segenap pelosok dunia. Justeru, dia memilih untuk melengkapi kediaman ini dengan pilihan perabot di bawah jenama Camerich kerana kebanyakkan pilihan perabot hadir dalam palet monokrom.