Rai Tahun Baru Cina Bersama Sunway Lagoon - Glam Malaysia

Rai Tahun Baru Cina Bersama Sunway Lagoon

Bertemakan Tahun Tikus, sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini disertai oleh barisan maskot terbaharu Sunway Lagoon iaitu Captain Quack & Friends di mana mereka akan bersama para pengunjung memeriahkan perayaan A Mouse’s Tale ini dari 23 Januari sehingga 6 Febuari 2020.

Muncul sebagai haiwan pertama dalam bulatan 12 tahun takwim cina, tahun tikus diramal membawa kesejahteraan dan peluang yang luas. Membawa tradisi perayaan dengan sentuhan unik, para pengunjung dijemput untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan sejajar dengan tahun yang penuh dengan kebaikan.

 

Beberapa aktiviti yang boleh dicuba sepanjang Tahun Baru Cina ialah menyentuh Rat Zodiac Statue untuk sentiasa kekal  pertama bagi tahun 2020, pergi ke Huat Cheese Mountain untuk memastikan hajat dapat dicapai serta khas buat mereka yang solo dan bujang Wishing Love Pond untuk memenuhi impian memiliki hubungan yang indah.

Wishing Love Pond

Semasa minggu perayaan Tahun Baru Cina, Surf Beach akan dipenuhi dengan aktiviti menyeronokkan untuk para pengunjung terutamanya kanak-kanak, seperti Rat Race Animal Kingdom, CNY Chapteh dan CNY Sand Art. Selain itu, para pengunjung akan turut dihiburkan dengan pelbagai inisiatif dan perayaan seperti sesi bertemu mesra dengan Captain Quack & Friends dalam persalinan Tahun Baru Cina dan banyak lagi!

See also
Ruang - Ilham Dapur Moden Dan Praktikal

Pengunjung juga boleh berkunjung ke the new Zambezi River di mana tarikan ini diberi nafas baru dan dipertingkatkan dengan bunyi gendang Afrika, dekorasi bercahaya ultra-ungu, semburan air dan bakul air.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Sunway Lagoon di +603-5639 0000, atau layari laman sesawang Sunway Lagoon atau kunjungi Facebook Sunway Lagoon.