Say Yes To Second Round Sex – Bahagian 2 - Glam Malaysia

Say Yes To Second Round Sex – Bahagian 2

Jika sebelum ini, pada bahagian 1 GLAM berkongsi empat panduan seks pusingan kedua yang sebenarnya mampu menyuntik pengalaman dalam perihal hubungan intim anda dan pasangan, kali ini GLAM berkongsikan 3 lagi trik yang boleh anda cuba.

5- TAMBAH TENAGA

Persedian! Ya, seks pusingan kedua mungkin mudah melelahkan, oleh itu anda disarankan untuk lebih bersedia. Pastikan anda mengambil pemakanan mahupun diet yang tepat. Amalkan pengambilan menu yang dapat memberikan tenaga seperti madu, herba ginseng, pisang, minuman soya dan telur. Selain itu, jangan diabaikan rutin senaman bagi memastikan anda kekal berstamina saat beraksi pada pusingan kedua.

6- KLIMAKS? BIARKAN SAJA…

Saat dia mengimpikan untuk melakukan pusingan kedua, anda didapati mudah gelabah dan akhirnya anda kecut di pertengahan jalan. Jangan bimbang! Ketahuilah, di saat si dia ingin ‘bersama’ untuk pusingan kedua, ini tidak bermaksud pasangan inginkan anda turut sama mencapai tahap klimaks seperti dirinya.

7. ‘BERMAIN’ DENGAN LOKASI

Tiada salah untuk anda cuba di lokasi  yang berlainan pula. Lokasi yang sama mungkin membosankan malah ghairah seks sukar untuk anda kuasai pada pusingan kedua. Cadangkan untuk berubah tempat, contohnya di dalam bilik air atau di lantai kamar. Elakkan tempat yang jauh di mana masa yang diambil boleh mengurangkan ghairah seks anda.

See also
Hangatkan Semula Hubunganmu Di Kamar

Selamat mencuba!