GLAM 101: Androgynous Movement - Glam Malaysia

GLAM 101: Androgynous Movement

Jika dahulu wanita berpakaian dan berkelakuan seakan lelaki adalah satu stigma yang dipandang cukup berat serta ia juga dikaitkan dengan kelompok haluan kiri. Namun, masih ada wanita yang punya karakter kuat untuk bebas bergaya yang dipinjam daripada dunia maskulin. Kini cita rasa androgini sudah menjadi satu norma dalam kamus fesyen malahan diterima secara terbuka.

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Item paling penting dalam dunia androgini adalah seluar yang mana ia adalah ceraian asas buat lelaki. Namun, ia menjadi satu medium para aktivis wanita untuk menampakkan kausa sama rata lantas salah satu aktivis popular daripada Puerto Rico yang bernama Luisa Capetillo memberanikan diri dengan memakai seluar untuk tanda protes. Pada 1919, dia disumbat ke dalam penjara kerana cara pemakaian yang berwatak lelaki itu.

BUKU TENTANG ANDROGINI YANG DITULIS OLEH PATRICK MAURIEES.