Sambutan Istimewa Perjalanan Capture Totale
Dengan lebih daripada 30 tahun penyelidikan saintifik, Dior Skincare meraikan kejayaan penyelidikan mereka untuk semua wanita dengan produk terbaru, Capture Totale C.E.L.L. Energy – the Super Potent Serum. Baru-baru ini di Oasis, The Gardens Mall Kuala Lumpur, Dior Skincare memberi peluang kepada pihak media, selebriti dan key opinion leaders, serta terbuka juga kepada khalayak ramai untuk alami dan mendalami sendiri penerangan lanjut tentang Dior Capture Totale Journey. Kini merupakan satu era baru untuk Super Potent Serum – Capture Totale, mampu mengembalikan semula sel induk kulit sebagai inovasi penjagaan kulit yang baru, berprestasi tinggi, dan lebih bermakna buat semua. Seperti yang diinginkan oleh Christian Dior sendiri, “Capture Totale is a genuine promise of happiness for women”.
Lebih daripada hanya penjagaan kulit semata-mata, dan lebih baik daripada kepentingan dalam menentang peranan dan faktor umur, Capture Totale adalah merupakan pengembaraan jangka panjang. Ia dijadikan sebagai garis penjagaan kulit revolusioner yang selaras dengan semangat perintis Rumah Dior. Lihat foto-foto di bawah untuk menyaksikan gelagat-gelagat tetamu yang hadir dan bagaimana Dior Skincare di Malaysia meraikan sambutan istimewa ini dengan pemasangan hebat menggabungkan ilusi makmal Dior di Shanghai serta keindahan The Dior Gardens.