Kediaman - Simbiosis Alam - Glam Malaysia

Kediaman – Simbiosis Alam

Dinamakan sebagai Elle Maison, kediaman ini merupakan kediaman milik peribadi yang baru sahaja dilengkapkan sekitar 2016. “Pemilik kediaman merupakan pasangan suami isteri yang mana suaminya merupakan seorang saintis dan isterinya pula terlibat dalam dunia  perdagangan antarabangsa. Dengan tawaran kerja yang menarik, mereka memilih untuk berpindah dari Itali ke Geneva. Rumah ini diibaratkan sebagai tempat berlindung lantaran jadual kerja yang padat,” kongsi wakil Damilanostudio. Dibina di atas tanah seluas 830 meter persegi, kediaman ini mempunyai tiga aras yang merangkumi 435 meter persegi.

Dibina di atas permukaan bumi bercerun yang memberikan dua pemandangan yang memukau, menyaksikan pemandangan tasik yang mendamaikan serta pemandangan bandar yang berbeza. “Perhubungan antara klien dan pereka terjalin apabila pemilik sedang mencari arkitek yang menghasilkan karya dalam gaya kontemporari. Pada pertemuan pertama, kami mencadangkan rekaan kediaman dengan pemandangan terbuka, selain memanipulasi lanskap luar kediaman yang boleh dilihat dari tengah-tengah kota. Idea ini diterima terus oleh klien. Perancangan awal adalah untuk membina di atas sebidang tanah berdekatan Geneva dan dalam masa yang sama bersebelahan rimba. Dalam pencarian tanah yang ingin diusahakan kami menemui lot tanah ini.”

See also
Kediaman - Kembara Seni Moden

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Idea dan pelan rekaan

Pelan asal rekaan kediaman ini adalah untuk membina  kediaman yang menghadap Utara-Selatan pada masa yang sama ia mempunyai facade yang boleh dilihat dari pelbagai sudut berbeza. Bermula dengan blok tengah, kediaman ini bakal dilihat seolah-olah terapung biarpun pada hakikatnya ia cantik menempati tanah yang bercerun ini. Tiga aras dibina yang menampilkan aras pertama dan kedua sebagai ruang untuk didiami, manakala aras ketiga adalah bertujuan sebagai besmen yang dilengkapi dengan garaj untuk menempatkan dua ruang parkir kenderaan. Kedudukan aras pertama berfungsi sebagai ruang umum seperti ruang tamu, dapur juga kamar kecil. Untuk aras kedua, dikhususkan untuk ruang rehat dengan rekaan kamar beradu utama lengkap kamar kecil serta sebuah kamar tersembunyi dan studio. Sebuah tangga konkrit dibina bagi menghubungkan setiap aras dan diperindah kemasan quartz rona putih berkilau sebagai penyeri. Turut dilengkapi sebuah ruang terbuka yang membawa anda dari ruang masuk menuju ke aras bumbung. Di sini turut dibina sebuah pendiang api yang seakan-akan menyambut kehadiran tetamu yang berkunjung ke kediaman ini.

See also
GLAM Deko Tips - 10 Barangan Perlu Dibuang di Kamar Tidur